Ketua Wanita UMNO: Azalina Bergurau Atau Bagi Hint....??


Benarkah sekadar gurauan ataupun ianya merupakan hint sebenar Ahli Parlimen Penggerang, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO.

Semalam ketika perbahasan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, secara berseloroh bersahaja Azalina (BN-Pengerang), menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO.

Tawaran Azalina disambut Rafizi yang menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengurus kempen Azalina bagi menentang Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengalu-alukan persetujuan Rafizi, Azalina seterusnya memberi syarat kepada Anggota Parlimen baharu itu untuk menyertai UMNO terlebih dahulu dan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang boleh membantunya.      

Persoalannya, adakah ianya benar sekadar gurauan Aza, yang merupakan bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia….

Mampukah Azalina menarik minat akak-akak dalam Wanita UMNO untuk menerimanya sebagai Ketua….. atau Azalina sekadar  …………


Baca seterusnya di JohorDaily
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

Post a Comment