Lembaga Penapisan Filem (LPF) Perlu Dirombak Segera - GAGASAN



Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) menggesa Menteri Dalam Negeri mengadakan rombakan segera kepimpinan di Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebagai langkah drastik untuk mempastikan kes seperti filem The New Village tidak berulang lagi.

Setiausahanya, Syed Anuar Syed Mohamed berkata, GAGASAN tidak mahu mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menapis filem-filem sebelum ditayangkan kepada masyarakat tidak melaksanakan amanah dengan sempurna, apatah lagi jika terdapat unsur-unsur sabotaj atau ketidakcaknaan dengan suasana semasa negara.
 
Syed Anuar Syed Mohamed
”GAGASAN juga merasa hairan dan terkejut pihak LPF hanya mengambil masa tiga (3) hari untuk meluluskan filem tersebut sebagaimana kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam. Apakah garis pandu dan kriteria yang digunakan yang menyebabkan sesingkat itu masa yang diambil berbanding dengan filem Tanda Putera, sehingga kini belum dimuktamadkan.

GAGASAN berpendapat bukan sahaja filem seumpama The New Village yang dikatakan cuba mempromosikan perjuangan komunis yang sekaligus memperlekehkan perrjuangan perajurit negara tetapi juga filem-filem dalam dan luarnegara yang boleh merosakkan fikiran serta iktikad  masyarakat seperti yang berunsur ganas, kurafat dan seks perlu diperketatkan syarat-syarat penayangannya,” ujarnya mengulas kemelut filem The New Village yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Tambahnya, GAGASAN juga meminta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal-ehwal agama Islam agar campur tangan secara total di dalam memastikan filem-filem yang boleh merosakkan pegangan agama Islam khasnya golongan muda tidak ditayangkan sewenang-wenangnya kepada masyarakat.


”Masa kini terlalu banyak filem-filem kurafat atas nama filem seram khasnya yang dibikin di Malaysia dan Indonesia ditayangkan di media elektronik khasnya televisyen yang boleh mempengaruhi fikiran generasi muda yang jika tidak dibendung akan merosakkan iktikad dan pegangan mereka,” tambahnya lagi. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    12:30 PM

    Bukan shj digantikan kalau boleh siasatan oleh SPRM dan siasatan PDRM jika ada berlaku unsur2 rasuah dikalangan mereka. Tambahan pulak ni dah nak sambut Aidil Fitri. Bukan nak mengesyaki dan menuduh tp hakikatnya begitulah. Filem Tanda Putra bukan main lama kami menunggu utk tonton.
    Ahli2 LPFM ni jugak perlu disiasat kerana berkemungkinan penyokong tegar pembangkang. Dah byk dah mereka2 ini mensabotaj kerajaan dari dalam.
    Syabas DS Zahid Hamidi dgn ketegasan dan tindakan segera YB. Haramkan shj filem itu tidak mencukupi tp cuba menghasut kaum harami tu utk membenci kerajaan dan melayu satu jenayah jugak kan?

Post a Comment