Mereka Terdesak Sampaikan Sanggup Serang Peribadi Calon BN- Ahmad Said


Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengakui dukacita dengan tindakan pihak pembangkang yang telah memulakan kempen serangan peribadi kepada calon BN kerana ia bukan sahaja berlaku di bulan Ramadhan, malah sebagai seorang Islam, tidak seharusnya menfitnah orang ataupun mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memburukkan orang lain.

Ujarnya, tindakan ini amat ditegah oleh agama Islam dan beliau hairan mengapa PAS yang selama ini kononnya berjuang atau mengatakan perjuangan mereja untuk menegakkan agama Islam, tetapi apa yang berlaku ini tidak mengambarkan sikap dan perjuangan mereka sebagai pejuang Islam.

"Diharap rakyat dapat menilai najitah perjuangan PAS itu sendiri, untuk memberikan sebuah negara yang stabil, aman dan makmur atau membuatkan kita sesama sendiri bergaduh, berbalah antara kita," ujarnya yang juga Menteri Besar Terengganu.

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan Kempen 16:16 merupakan langkah terdesak Pas untuk menang PRK ini dan menimbulkan ketidakstabilan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu yang diterajui BN.

“Pas cuba menipu rakyat dengan cara mengadakan isu 16:16 semata-mata untuk menafikan kedudukan BN sebagai Kerajaan Negeri Terengganu yang telah dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum yang lalu secara sah berdasarkan Perlembagaan Negara Malaysia.

Mengikut peruntukan sedia dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu, BN akan tetap menerajui kerajaan negeri walaupun ditakdirkan ia kalah pada pilihan raya kecil nanti," ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Berbuka puasa di Masjid Kg Air Terjun di Bukit Puteri baru-baru ini.

Dato’ Seri Haji Ahmad yakin rakyat tidak terpengaruh dengan kempen kotor Pas dan mereka akan tetap menyokong calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman pada pilihan raya kecil ini.

“Rakyat sudah dapat menilai apa yang telah dilakukan BN bukan saja di Kuala Besut, tetapi di seluruh negeri Terengganu.


 “Saya yakin mereka tidak akan terpengaruh dengan janji-janji pemimpin Pas walaupun mereka menjanjikan bulan dan bintang kepada penduduk Kuala Besut. Rakyat sudah serik menyokong Pas yang hanya pandai berjanji kosong,” katanya.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment