Perutusan Khaled Nordin Sempena Menyambut Ramadhan 1434



PERUTUSAN
DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI BESAR JOHOR
SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN 1434

Bismillahir-rahmanir-rahim
As-salamu'alaikum dan salam sejahtera

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan izin Nya kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Rakyat Johor yang dikasihi sekalian,

Saya mengambil kesempatan sempena kedatangan Ramadhan 1434 Hijrah mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakyat yang beragama Islam di negeri ini.

Sempena bulan penuh yang penuh keberkatan, Kerajaan Negeri Johor menyeru umat Islam, agar memanfaatkan setiap detik dan hari dalam bulan yang mulia ini dengan amalan-amalan bermanfaat. Amalan-amalan itu mestilah dilaksanakan dengan penuh keinsafan dan keikhlasan bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.

Pada kesempatan bulan Ramadan juga, saya menyeru supaya kita semua mengambil peluang menguatkan lagi semangat "permuafakatan" di negeri Johor. Semangat itu boleh disemarakkan melalui program-program yang bakal diadakan di pelbagai peringkat masyarakat dan komuniti. Majlis berbuka puasa, solat tarawih, tadarus Al-Quran sudah pastinya merupakan suatu ibadah yang dapat menambahkan amalan di samping menguatkan lagi hubungan sesama kita.

Pada bulan mulia ini, kita digalakkan untuk banyak bersedekah dan berzakat bagi mengejar ganjaran pahala yang besar dan memenuhi tuntutan agama. Amalan ini sememangnya mempunyai hikmah tersendiri di mana ia dapat meningkatkan semangat prihatin dan nilai saling memberi bantuan di kalangan umat Islam.

Akhir kata, marilah, kita bersama-sama memanfaatkan sepenuhnya fadilat yang ada di bulan ini agar ianya dijadikan amalan berterusan. Semoga segala amalan dan usaha kita akan diterima dan dikurniakan ganjaran sewajarnya daripada Allah SWT. Saya mendoakan agar kita semua diberi kekuatan untuk meningkatkan ilmu, amal dan taqwa di bulan Ramadhan ini.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah,
Wasaalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh


Sekian, terima kasih.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Muslim
    8:36 PM

    Selamat berRamadhan, bulan yg gilang gemilang bg org org beriman, berkat dan rahmat dariNya, mudah mudahan jadilah kita spt yg diharapkan, iaitu org org yg bertaqwa, insyaAllah !

Post a Comment