PRK Kuala Besut: BN Ramai Calon Pelapis Untuk Pertahankan Kuala Besut


UMNO Terengganu mempunyai pemimpin pelapis dan kita sedia memberi peluang kepada mereka yang layak dan berkemampuan untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat, jadi UMNO tidak mempunyai banyak masalah mempunyai ramai calon yang boleh diketengahkan untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Ketua Penerangannya, Dato’ Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, ramai anak jati di kawasan DUN berkenaan yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, termasuk agama boleh diketengahkan sebagai calon.

Pucuk pimpinan BN negeri telah memutuskan untuk mengemukakan tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai calon pada PRK Kuala Besut seperti yang diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, baru-baru ini.

 “Kita akan menerima siapa saja nama yang bakal diumumkan untuk bertanding mewakil BN pada PRK berkenaan.

 “Kita yakin pihak tertinggi BN akan memilih calon terbaik dan mampu meneruskan kecemerlangan BN bagi memastikan kemenangan BN pada PRK Kuala Besut,” katanya.

Beliau berkata, nama calon tersebut akan diumumkan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi bagi PRK berkenaan.

“Pada masa ini UMNO Terengganu telah menggerakkan jentera pilihan raya dan siap sedia menghadapi pilihan raya berkenaan. Kita berharap rakyat di Dewan Undangan Negeri Kuala Besut membuat pilihan yang tepat untuk masa depan mereka sebagaimana pilihan yang mereka telah buat semasa pilihan raya umum baru lalu.

Bukan mudah untuk menstabilkan negara yang berbilang kaum, agama, budaya dan latar belakang kerana banyak cabaran perlu ditempohi bukan sahaja oleh pemimpin tetapi juga rakyat.

Justeru kekayaan, pertumbuhan ekonomi, pembangunan dikongsi bersama, ini satu cabaran bagi pemimpin untuk menguruskan semua aspek pada masa yang sama, bagi memastikan kestabilan dan keamanan dalam Negara,” ujarnya yang juga ADUN kawasan Seberang Takir.

Pilihan Raya Kecil ini terpaksa diadakan berikutan kematian anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kuala Besut di Terengganu, Allhyarham Dr A. Rahman Mokhtar.


Ia adalah kekosongan kerusi yang pertama selepas pilihan raya umum diadakan 5 Mei lepas dan menjadikan pilihan raya kecil yang pertama selepas pilihan raya umum ke 13.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment