Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan calon muka baru, Tengku
Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil kawasan itu 24 Julai ini.
Tengku
Zaihan merupakan bekas Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Besut, yang kini jurutera JPS di Putrajaya.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Besut sebentar tadi.
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Julai ini sebagai hari penamaan calon manakala
tarikh mengundi adalah 24 Julai.
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A.
Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat Terengganu, akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Allahyarham
mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan
majoriti 2,434 mengatasi calon PAS, Napisah Ismail.
0 Komen