Amalam Demokrasi Dalam UMNO Perlu Dikekalkan - Hasan Malek


Demokrasi yang diamalkan ketika pemilihan jawatan dalam Umno perlu dikekalkan demi kemantapan parti, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  Datuk Hasan Malek.

Beliau berkata setiap anggota parti berhak untuk bertanding mana-mana jawatan termasuk naib presiden asalkan mengikut syarat yang ditetapkan.

"Pada saya biarkan kita mengekalkan seperti apa yang ada sekarang ini. Ini peluang yang baik untuk mereka meletakkan pemimpin, supaya Umno sentiasa dalam keadaan demokrasi," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Ketua UMNO Penampang Datuk John Ambrose agar Perlembagaan UMNO dipinda bagi memberi kuasa kepada presiden parti melantik tiga naib presiden UMNO.


Hasan turut mencadangkan agar jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    6:25 PM

    Menteri 100 day wunderkinde cap ayam, tak bolih handle krisis bekalan ayam bulan ramadhan, dah mabuk lemang ketupat,mabuk air mineral karbonat,nak pertahan kedukana nya dan rakan se angkatan dengan nya---kepala bapak kucing ah jib gong dan kj wannabe regina dan jason lo pork chop.
    umno lebih tua daripada anda, to sak cakap lah democrasi,ke deddy kasi,dapsy,umno glc ke .
    Yang penting tumbang kan Najib-TNB.

    Mengapa kah Naib ah jib Gong kepala bapak kucing , tidak di siasat di bawah akta kederhakaan kerana konpirasi dengan jusuf kalla ,orang indon,dengan IBAI ?

    Hassan,

    tanya balik najib ini demokrasi apa jadah,minta orang indon masuk campur hal negara malaysia ?

    arjuna waspada
    changkat lobak

Post a Comment