Anwar `Bapa Sandiwara’, Demi Survival Politik Peribadi – Nizar Zakaria


Bersandiwara dengan penipuan mega yang telah dibuat oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bermula dengan 16 September dan yang terkini, kerajaan perpaduan adalah memang dah jadi `makanan’ Anwar, ujar Naib Ketua Bahagian UMNO Parit, YB Mohd Nizar Hj Zakaria.

“Itulah Anwar Ibrahim, jika dia tidak memanipulasikan cerita yang bersifat sensasi, maka bukanlah namanya Anwar Ibrahim. Dia sedang mencari apa kaedah yang boleh mendapat simpati orang ramai padanya, sedangkan sesuatu perkara tersebut tidak betul sama sekali.

Sudah terlalu banyak penipuan dan pembohongan, 16 September, Bajet Pakatan bajet terbaiklah, pengundi hantu, pengundi warga Bangladeshlah,  dakwat yg tak kekallah, pencerobohan Lahad Datu, Bersih dan sebagainya, kes-kes ini jelas menunjukkan pelakunya ialah Anwar Ibrahim,” ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.

Tambahnya, itulah kehebatan Anwar Ibrahim, bijak dalam bab memperlekehkan orang lain dan amat pantas dalam hal mempolitikkan isu demi mencapai matlamat politik peribadi dan kepartian mereka. Di masa yang sama cukup berpengalaman dalam mencipta pelbagai alasan untuk membebaskan diri dari bebanan kesalahan.

“Kini, Anwar Ibrahim bermain "sandiwara Kerajaan Perpaduan" demi kelangsungan politiknya yang kian lemah. Dia cuba memanipulasi keadaan demi kepentingan dirinya selepas gagal menjadi perdana menteri.


"Anwar kini memikirkan kerajaan perpaduan dan mengenepikan rakan-rakannya dalam Pakatan. Beliau hanya berminat akan kuasa politik untuk dirinya sendiri," tambahnya lagi. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment