Azwan Bro Bukan Pilihan KJ - Ruang Terbuka Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak mempunyai calon kegemaran untuk menjadi naibnya pada pemilihan parti Oktober ini.

Katanya beliau bagaimanapun tidak mempunyai sekatan terhadap mana-mana calon Pemuda yang berhasrat menawarkan diri bertanding jawatan itu, bahkan memberi sokongan secara sama rata kepada semua calon.

“Semua calon naib ketua Pemuda mempunyai pengalaman dan kekuatan masing-masing. Keempat-empat calon (yang menawarkan diri) saya anggap sebagai kawan baik saya.

“Sesiapa yang menang pun, saya boleh bekerjasama dengan mereka......"

Kenyataan beliau itu sekali gus menepis laporan akhbar sebelum ini yang mengatakan beliau telah memperakui seorang calon untuk memegang jawatan naib ketua Pemuda.

Jawatan naib ketua Pemuda menjadi perhatian apabila penyandang jawatan itu Datuk Razali Ibrahim menyatakan hasrat bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) 19 Okt depan.

Empat calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda setakat ini ialah Ketua Pemuda UMNO Perak Khairul Azwan Haron; Exco Pemuda UMNO Lokman Noor Adam; Ketua Pemuda Tenom Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda Lenggong Mohd Iruan Zulkefli.

Sebelum ini, Khairy dilaporkan kononnya merestui Khairul Azwan dipilih untuk bertanding jawatan nombor dua sayap itu bagi membantunya memperkukuhkan pergerakan itu.

Sementara itu, Khairy menetapkan sasaran dua atau tiga calon Pemuda akan bertanding di peringkat MT pada pemilihan kali ini dan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa Pemuda 4 Sept depan.


Ditanya mengenai kriteria yang ditetapkan oleh Pemuda untuk membolehkan calon bertanding jawatan MT, Khairy berkata calon perlulah mempunyai kematangan, boleh diterima di kalangan anggota dewasa serta boleh membawa imej dan menjadi suara tambahan dalam MT.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    11:09 AM

    Sebenarnya soalan utama ialah; bolehkah KJ menang?

  2. Anonymous
    12:37 PM

    Aku yakin KJ boleh menang...insyaAllah! Kalau KJ kalah, ianya merupakan satu kerugian besar bukannya saja kpd UMNO, malah kepada umat Melayu dan Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya. KJ jelas memperjuangkan egenda Melayu, Islam dan rakyat Malaysia secara berimbang manakala pemimpin UMNO lain walaupun dah terlalu senior masih mahu menonjolkan patriotisme Melayu secara berlebihan terutamanya dah dekat PAU, itulah tandanya sifat kebudak-budakan sebahagian besar pembesar UMNO.

Post a Comment