Barcelona VS Harimau Malaya .... di Stadium Shah Alam


KUALA LUMPUR, 10 Ogos  -- Perlawanan Malaysia XI menentang kelab tersohor Sepanyol, Barcelona FC akan berlangsung di Stadium Shah Alam dan bukan di Stadium Nasional Bukit Jalil seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Pengarah Urusan BSC Soccer Malaysia, Effendi Jagan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan pemindahan venue itu bagi perlawanan pada pukul 8.45 malam ini.  

Menurut akaun twitter kelab itu, @barcastuff perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Shah Alam kerana keadaan padang yang tidak mengizinkan di Stadium Bukit Jalil.

Barcelona FC, terkenal dengan panggilan 'Los Blaugrana' memulakan Jelajah Asia 2013/2014 dengan menumpaskan pasukan kebangsaan Thailand, 7-1 di Stadium Nasional Rajagamangala di Bangkok, Rabu lepas.

Barcelona menamatkan siri jelajah itu dengan menentang Malaysia sebelum

pulang bagi menghadapi musim baharu Liga Primera Sepanyol yang dijangka bermula pada 17 Ogos.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment