GAGASAN Buat Dua Laporan Polis terhadap Courts Mammoth

Laporan Polis Oleh Azman Hashim, Pengerusi Gagasan Wilayah Persekutuan

Laporan Polis Oleh Syed Anuar Syed Mohamed, Setiausaha Gagasan Terengganu
merangkap Setiausaha Agung Gagasan Pusat

Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) semalam telah membuat 2 laporan polis diwakili Gagasan Wilayah Persekutuan yang diketuai saudara Azman Hashim serta Gagasan Negeri terengganu yang diwakili Syed Anuar Syed Mohamed.

Laporan polis terhadap Courts Malaysia Sdn Bhd dan Courts Mammoth Berhad di atas pengedaran risalah promosi hari raya Courts yang mengandungi kaligrafi kalimah syahadah yang dicetak secara terbalik.

GAGASAN  ingin nyatakan bahawa :

1.    Pengedaran risalah promosi tersebut telah secara langsung mengguris perasaan umat Islam di seluruh Malaysia dan menimbulkan rasa ketidakharmonian serta mengapikan perasaan umat Islam kerana kalimah syahadah merupakan kalimah paling suci bagi umat Islam

2.    Ia terjadi BUKAN secara tidak disengajakan berdasarkan cara penulisan yang tiada kesilapan, dan dapat dibaca dengan jelas melalui paparan cermin seolah-olah merupakan perancangan yang cukup terancang untuk menghina umat Islam di Malaysia

3.    Courts Malaysia tidak sewajarnya dan tidak pernah diberi kebenaran oleh pihak berwajib menggunakan kalimah syahadah sebagai alat pemasaran untuk dicetak sebagai risalah promosi dengan skala besar kerana ia membuka ruang seluas-luasnya untuk cetakan kalimah syahadah berada di tempat yang tidak sepatutnya dan ini secara langsung menghina kesucian kalimah syahadah secara khusus dan agama Islam dan umatnya secara amnya dan menimbulkan kemarahan.

4.    Isu kesilapan teknikal tidak boleh digunakan kerana tempoh masa yang panjang dan mencukupi diambil untuk menyedia dan meluluskan sesuatu risalah pemasaran. Mustahil sepanjang proses tersebut, keadaan kalimah syahadah yang terbalik tidak disedari dari peringkat penyediaan konsep sehinggalah peringkat percetakan dan pengedaran.


Laporan ini untuk mendesak pihak berkuasa menyiasat DAN mengambil tindakan ke atas Courts Malaysia berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 dan mana-mana peruntukan yang difikirkan sesuai dengan hukuman lebih berat. Ini untuk dijadikan iktibar kepada mana-mana pihak supaya tidak mengulanginya di masa akan datang.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment