Kita Bersatu Tolak Adu-Domba Yang Mahu Merosakkan UMNO

Ahli-ahli UMNO harus bersatu dan menolak segala adu-domba pihak-pihak tertentu termasuk di dalam UMNO sendiri, yang mahu melihat parti UMNO hancur dan berpecah-belah, khususnya menjelang pemilihan di segenap peringkat UMNO tahun ini.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Safarizul Mustafa berkata, adu-domba dan gerakan ‘cantas-mencantas’ khususnya ketika proses pemilihan UMNO ini memang sudah lama dan ianya seperti sudah menjadi asam garam dalam politik, namun ketika menjangkau usia 67 tahun, ahli-ahli UMNO sudah matang dalam menentukan masa depan parti keramat yang dicintai ini.

“Walaupun asam garam politik ini tidak dapat dielakkan, namun kita nampak ianya semakin tidak serius, sebaliknya ahli-ahli UMNO sekarang sudah mula bercakap mengenai penyatuan dan perpaduan di dalam UMNO bagi memastikan kesinambungan perjuangan UMNO khususnya dalam menghadapai Pilihan Raya Umum ke-14.

Begitu juga di dalam Pemuda, kita harus melihat kepada asas perjuangan UMNO yang memberikan nilai dan makna kepada masyarakat, kesan perjuangan yang member makna kepada kehidupan rakyat.

Ahli-ahli Pemuda harus ikhlas, jujur dan setia, jangan leka dengan gossip, mengata, memperlekeh sesame kita, mengejek dan berjenaka tentang pemimpin kita, apatah lagi turut sama tambah-menambah, umpat-mengumpat dan akhirnya menjadi tohmahan, tidak pasal-pasal kita sama-sama menfitnah dan merosak, melemahkan diri, meruntuhkan kekuatan UMNO, mereputkan perpaduan parti, memburukkan bangsa Melayu sendiri selain mencemar sifat terpuji Islam,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.

Tambahnya, orang yang membuat adu-domba ini merupakan orang yang terkecewa dalam parti, yang mahu mahu mencorakkan gerakan dalam parti dengan tujuan untuk menaikkan namanya atau menaikkan calon yang dibawanya.


“Justeru, warisan perjuangan UMNO ini tidak boleh dijual beli dan tidak boleh diubah kerana ia warisan pejuang yang terdahulu yang telah berkorban untuk anak bangsa. Kita harus sedar, perjuangan UMNO selama ini telah membawa kestabilan, keamanan, kemakmuran dan semua nikmat yang bermakna kepada anak bangsa dan semua yang hidup bersama dalam masyarakat di dalam Negara kita,” ujarnya lagi.  
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment