NAMEWEE Semakin Biadap & Kurang Ajar


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang melihat tindakan Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee semakin biadap dan kurang ajar.

Ketuanya, Dato’ Sohaimi Shahadan menegaskan, kerajaan tidak boleh lagi berlembut dengan remaja kelahiran Johor ini kerana sering membuat kenyataan dan video yang mengguris hati rakyat malaysia khususnya orang Melayu.

“Namewee bukan pertama kali membuat video yang menguris perasaan orang Melayu dan biadap terhadap kerajaan tetapi tidak ada tindakan dikenakan.

Sebelum ini Namewee hina lagu Negaraku, Namewee juga melalui klip video mencerca dan menunjukkan isyarat lucah yang ditujukan kepada pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor, Namewee juga pernah muncul dengan kontroversi lain menerusi klip video yang mengutuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), kali ini dia pertikai keputusan kerajaan tangguh tayangan filem New Village, dia sudah melampau, Pemuda UMNO Selayang mendesak pihak kerajaan untuk menarik balik kerakyataan orang seperti ini,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Menerusi video terbarunya berjudul '017 Double Standard' selama lima minit 23 saat, Namewee mempersoalkan tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village untuk dinilai oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Tambahnya, Namewee ini satu contoh terbaik virus pencetus kebencian dalam negara Malaysia yang tercinta ini. Semua pihak harus sedar semua bentuk 'api' perkauman tidak harus dibiarkan merebak hingga membakar diri. Kemajuan hanya boleh diciptakan jika keamanan wujud.

Semua pencinta keamanan tanpa mengira bangsa dan agama harus menolak cara bertindak manusia seperti Namewee ini.

Apa yang dilakukan Wee merupakan satu bentuk provokasi yang disengajakan selain jelas menunjukkan pemuda itu tidak insaf meskipun pernah memohon maaf atas kesalahannya mengubah lirik lagu Negaraku kepada Negarakuku suatu ketika dahulu.

“Kita merasa perbuatan beliau ini boleh mencetuskan serta menimbulkan rasa ketidakselesaan rakyat dalam negara ini. Namun kita mahu kerajaan memastikan tidak ada seorang rakyat Malaysia pun yang boleh terlepas daripada perbuatan mereka samada mereka sedar atau tidak sedar, sengaja mahupun tidak sengaja yang melakukan perbuatan atau kata kata mereka yang boleh mencetus kebencian atau mengugat ketenteraman masyarakat,

Jika dibiarkan akan muncul lebih ramai lagi golongan seperti ini yang berani dan semakin berani bermain api semata-mata kerana dibiarkan.

Ini soal maruah dan perpaduan Negara, kita telah bina negara ini diatas asas perpaduan antara kaum lebih daripada 50 tahun, maka itu dalam konteks ini tidak ada istilah  kompromi kerana sekiranya ia tidak ditangani dengan betul kelak ia boleh menimbulkan berbagai ancaman sampingan di dalam Negara,” ujarnya lagi.

Perbuatan memohon maaf dari individu yang bersalah serta tindakan memberi amaran oleh pihak kerajaan bukan lagi jalan yang menampakan penyelesaian yang berkesan

Namewee adalah lambang generasi muda yang tidak tahu menghargai erti kemerdekaan dan perpaduan kaum yang dinikmati rakyat negara selama ini.

“Oleh itu adalah wajar tindakan tegas dikenakan terhadapnya supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa isu perkauman, keselamatan dan perpaduan bukanlah bahan mainan yang boleh dicarut dan disebarluaskan menerusi Internet.


Berindak tegaslah sebelum semuanya terlambat. Tiada yang lebih dikesali selain dari menerima akibat buruk kerana lambat bertindak,” ujarnya lagi. 
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment