Aiiii baru jadi Wakil Rakyat, Tengku Zaihan dah nak berebut
jawatan dalam pemilihan UMNO nanti...... biar betul? Khabarnya, beliau ingin
merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bhg..... errrrmmmm....
Tak lah , sebenarnya Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut
Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, beliau
tidak akan menandingi sebarang jawatan pada pemilihan Umno kali ini kerana mahu
menumpukan kepada tugas sebagai wakil rakyat.
"Saya tidak berhasrat bertanding baik untuk peringkat Pemuda
bahagian mahupun bahagian," ujarnya mengulas gesaan beberapa pihak yang
mahu wakil rakyat muda itu bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Besut.
Jawatan itu akan dikosongkan oleh Mohd Mahdi Musa yang mencapai
had umur.
Tengku Zaihan, 37, yang menang kerusi dewan undangan negeri itu
pada pilihan raya kecil bulan lepas, ketika ini hanya memegang jawatan anggota
jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Nail, Kuala Besut.
Pada pilihan raya kecil yang berlangsung 24 Julai lepas, Tengku
Zaihan mengatasi calon PAS Endut@Azlan Yusoh dengan kelebihan 2,595 undi.
0 Komen