Selesai Isu KUIN Tanpa Unsur Politik- Mukhriz


Mukhriz Mahathir, MB Kedah nampaknya mahu menyelesaikan masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin)  tanpa ada sebarang unsur politik.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Kedah akan memberi perhatian kepada kebajikan pelajar dan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dalam menangani pelbagai masalah yang berlaku di kolej universiti milik kerajaan negeri itu.

Mukhriz terkilan kerana ada pihak tertentu yang cuba memperlihatkan dan menimbulkan sesuatu yang ditolak oleh warga Kuin.

"Kerajaan negeri nak jaga kepentingan seluruh rakyat negeri ini. Jika ada sebilangan pelajar yang tak puas hati nak kena pindah dari (kampus induk) Kuala Ketil (ke kampus lama di Mergong), itu bukan keutamaan kita.

"Sebelum ini mereka telah kemukakan memorandum (berkenaan pelbagai masalah) di Kuin Mergong. Mereka (pelajar dan warga Kuin) tak perlu bimbang kerana kita telah sediakan kemudahan kelas dan asrama yang mencukupi (di Mergong),".

Mukhriz berkata sebelum ini terdapat pelbagai masalah di Kampus Kuin Kuala Ketil seperti kemudahan asrama pelajar yang tidak disediakan serta kakitangan kolej itu yang terpaksa berulang-alik dari Alor Setar ke Kuala Ketil.


Katanya pihaknya akan mengambil pendekatan berjumpa dengan wakil pelajar kolej itu bagi menerangkan kepada mereka tindakan kerajaan negeri lakukan bagi memastikan masalah yang berlaku dapat diatasi secara berperingkat.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment