2 Syarat Menjayakan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera

Ketua UMNO Bahagian Kluang menyambut baik pengumuman Perdana Menteri yang mengumumkan lima fokus strategi dalam agenda bagi memperkasakan ekonomi Melayu dan Bumiputera baru-baru ini.

Ketuanya, Md Jais Sarday berkata, agenda ini merupakan satu anjakan transformasi yang baik dalam usaha meningkatkan ekonomi Bumiputera seiring hasrat mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi.

" Walaubagaimanapun ada dua pra-syarat yang akan menjadi kayu pengukur dalam menjayakan menjayakan agenda besar ini.

Pertama ialah "delivery system".  Agensi pelaksana agenda ini memerlukan sistem penyampaian yang baik dan berkesan untuk sampai ke peringkat akar umbi. Oleh itu saya menyarankan supaya agensi yang diamanahkan mengambil langkah-langkah tertentu dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri supaya usaha pemerkasaan ini sampai dan dirasai oleh masyarakat Melayu/Bumiputera di akar umbi," ujarnya yang juga Exco Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor.

Prasyarat kedua ialah inisiatif orang Melayu dan Bumiputera untuk menyahut dan merebut peluang yang diberikan Kerajaan di dalam agenda ini. Mereka perlulah mempunyai kesedaran dan usaha untuk berjaya. Mereka tidak boleh menunggu segala-segalanya tiba di depan mata.


"Sebagai contoh, golongan muda perlulah memperlengkapkan diri mereka dengan pelbagai latihan kemahiran yang disediakan. Peniaga-peniaga kecil yang baru atau yang telah memulakan perniagaan perlu mendapatkan ilmu yang secukupnya dan mempunyai inisiatif untuk mencapai ekses kepada peluang yang disediakan, samada peluang perniagaan ataupun bantuan modal," ujarnya lagi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment