Budayakan Integriti Politik Di Kalangan Ahli Puteri UMNO


Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Institut Integriti Malaysia (IIM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bertujuan membudayakan Integriti Politik di kalangan ahli dan sukarelawan.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin berkata, integriti di dalam sesebuah organisasi, badan sahsiah dan parti politik harus dijadikan agenda utama bagi memelihara kestabilan sesebuah negara.

Masyarakat, khususnya orang muda jelas beliau memandang serius isu integriti pemimpin.

“Maka, Puteri UMNO melalui Biro Sukarelawan yang diketuai oleh Puan Jamilah Hanim Othman, telah bekerjasama dengan IIM semenjak tahun 2010 dan usahasama ini berterusan sehingga ke hari ini.

“Sebagai sayap yang paling muda di dalam UMNO, Puteri UMNO ingin mengambil inisiatif membudayakan Integriti Politik di kalangan ahli dan sukarelawan yang terlibat di dalam organisasi ini.

“Kerjasama untuk membudayakan integriti di antara PPUM dan IIM akan diterjemahkan melalui program-program yang akan dijalankan mengikut zon seluruh Negara. Ini adalah sebahagian daripada usaha menyemai nilai murni dan memperkukuh jati diri para sukarelawan yang terdiri daripada ahli-ahli Puteri UMNO,” ujarnya kepada pemberita selepas sidang media di sini hari ini.





Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment