Cadangan Makmal Pra-Bajet 2014 Diharap Dapat Bantu Kerajaan



Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia  hari ini menganjurkan program Makmal Pra-Bajet 2014, program yang memberi peluang untuk memberi idea serta pandangan kepada kerajaan berhubung Bajet 2014 agar dapat membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyediakan bajet yang benar-benar berkesan.

Pengerusinya Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, peluang itu tidak boleh dilepaskan begitu sahaja supaya tidak ada ‘cakap-cakap belakang’ selepas Bajet 2014 dibentangkan kelak.

"Kita fokus kepada sepuluh perkara yang kita susun, untuk kita mendapatkan pandangan, idea-idea dan maklumat serta cadangan, antaranya keselamatan awam, kesihatan, pendidikan, kos sara hidup dan perumahan, pembangunan luar bandar, pelaburan asing, pekerjaan, kebajikan rakyat, pengangkutan awam dan infrastruktur.

 “Sebenarnya yang lebih penting adalah pra-bajet, sebelum bajet itu dibentangkan, kita perlu proaktif mencadangkan perkara yang difikirkan sesuai. Sebelum ini kita hanya bincang selepas bajet diumumkan. Ia sebenarnya tidak memberi kesan besar kerana perkara itu sudah diputuskan,”

Inisiatif ini bagi membolehkan orang ramai terlibat secara aktif, di mana Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda UMNO bersama-sama Social Media Chambers Malaysia, menganjurkan Makmal Pra-Bajet 2014 ini supaya pelbagai pihak dapat menyumbangkan idea bernas kepada kerajaan menerusi saluran yang lebih teratur.

“Kita mahu idea-idea baru ini untuk diserahkan kepada Perdana Menteri sebagai maklum balas dari peringkat akar umbi. Kita harap cadangan-cadangan ini dapat dipertimbangkan sebelum bajet2014 dibentangkan, kita harus mengambil pendekatan pro aktif kerana kebiasaannya kita membincangkan perkara ini selepas Bajet dibentangkan, jadi ia sudah terlambat untuk kita mengemukakan cadangan,”


"Kita berharap, cadangan-cadangan kita ini akan mendapat maklum balas yang baik dari pihak kerajaan dan cadangan-cadangan ini mengira kepentingan semua kaum, mengambil kira dari semua sudut dan sektor," ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment