Pemilihan CEC DAP yang penuh dengan kontroversimenyebabkan kredibiliti parti itu hancur sama sekali. Kini,ahli-ahlinya menumpukan sepenuh perhatian kepadapemilihan semula yang bakal diadakan pada 29 September ini.
Bagaimanapun, umum terus merasa ragu-ragu yangpemilihan semula tersebut akan berjalan dengantelus. Keraguan ini adalah berpunca dari perkembangansemasa yang menyaksikan tindakan pemimpin DAP yangagak meragukan.
Kesangsian semakin meningkat apabila beberapaperwakilan mendedahkan bahawa mereka telahdipinggirkan dari perjumpaan khas yang khabarnyadiadakan sempena pemilihan semula. Perjumpaan sepertiini tidak pernah diadakan sebelum ini dan memandangkanpemimpin DAP hanya memilih orang tertentu untukditemui, benar-benar mencabar kesabaran yang lain.
Apa yang menghairankan ialah walaupun setelah isu inimenjadi besar sehingga memaksa DAP mengadakanpemilihan semula, parti itu langsung tidak melakukansiasatan dalaman tentang kenapa 753 perwakilan tidakmenerima notis mesyuarat sebelum ini. Malah, pemimpinDAP terus mencari jalan untuk menjustifikasi peminggiran753 perwakilan dalam pemilihan awal. Dalam kata lain,pemimpin DAP tidak mengaku salah.
Tetapi, mereka cuba menipu dengan membuat kenyataankononnya 500 dari perwakilan tersebut telah menghantarsurat pemberitahuan bahawa mereka tidak dapat hadir kemesyuarat pemilihan tersebut. Kita menyatakan ini satupenipuan kerana DAP tidak dapat mengemukakan surat-surat tersebut sehingga ke hari ini.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan sikap danpenjelasan pemimpin DAP, Naib Pengerusi DAPCawangan Ladang Paroi, David Dass, telah memohoninjunksi mahkamah agar menghalang mesyuaratpemilihan semula diadakan semula.
Jelas di sini, bahawa ahli-ahli DAP tidak lagi percaya yang DAP mampu menjalankan pemilihan secara adil.
Justeru, ramai yang mencadangkan agar DAP mengambilkhidmat BERSIH untuk memantau pemilihan kaliini. Ambiga Sreevanesan yang 'obses' dengan pilihanrayabersih tentunya bersedia untuk mengetuai unitpemantauan, apatah lagi dengan hakikat majoriti paraperwakilan yang terpinggir atau didiskriminasi adalah darikaumnya sendiri, iaitu India.
Maka, sewajarnyalah Ambiga prihatin dalam hal ini bagimemastikan tiada unsur-unsur rasis dalam prosespemilihan semula CEC DAP.
Namun, mungkin atas dasar 'rasis' juga, maka DAP tidakberani menaruh kepercayaan kepada Ambiga. Untuk itu, DAP sanggup mengupah sebuah syarikat auditantarabangsa iaitu PKF Accountants and Business Advisers untuk memantau pemilihan semulaCEC. Syarikat tersebut bertanggungjawab memastikanketepatan kiraan keputusan undian oleh 2,576 perwakilanyang layak mengundi. Kiraan akan dibuat melalui duacara iaitu manual dan juga semakan silang melaluikomputer.
Tindakan menggunakan syarikat audit merupakan satulangkah drastik yang mungkin mampu mengembalikankeyakinan ahli-ahli kepada kepimpinan. Bagaimanapun,ia dilihat sebagai langkah terdesak dan amat memalukansekali gus membuktikan betapa kredibiliti DAP sudahhancur sama sekali.
Bayangkan, untuk mengira 2,576 undi sahaja, parti DAPperlu dipantau oleh syarikat audit antarabangsa. Itupunmasih tidak malu menuduh pilihanraya Malaysia sebagaitidak adil.
Dan lebih ironi lagi, pemimpin DAP juga tidak percayakepada badan yang dijulangnya untuk memantaupilihanraya Malaysia iaitu BERSIH.
Nampaknya, sesama sendiri juga sudah saling tidakmempercayai walaupun sering bekerjasama dansenada. Maka, benarlah kata orang iaitu penipu lebihkenal siapa penipu dan tidak mungkin mengambil khidmatsi penipu.
0 Komen