Chin Peng Musuh Negara, Jangan Sesekali Bawa Pulang Walaupun Abunya Untuk Disemadikan Di Malaysia



Sambutan Hari Malaysia 16 September 2013 hari ini bukan hanya mengingatkan kita tentang Penubuhan Malaysia hasil gabungan Sabah, Sarawak Dan Persekutuan Tanah Melayu namun pada tarikh ini juga kita telah terselamat daripada satu usaha merampas kuasa oleh Anwar Ibrahim melalui pembelian Ahli Parlimen pada tahun 2008.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, namun  apa yang lebih menarik perhatian ialah berita-berita  kematian Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Ong Boon Hua atau lebih dikenali sebagai Chin Peng di Bangkok akibat usia tua. Chin Peng mati pada usia 90 tahun.

"Sejurus selepas berita ini disebarkan, beberapa orang pemimpin pembangkang berhaluan kiri seperti Hishammuddin Rais, Tian Chua dan Khalid Ismath mula mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan bahawa Ching Peng adalah seorang Pejuang. Kini telah mula juga kempen secara halus untuk mendesak kerajaan membawa pulang mayat atau pun abu Chin Peng ke Malaysia.

Kenyataan yang bertujuan menarik sokongan kaum Cina ini cukup biadap dan langsung tak mengambil kira perasaan ahli keluarga anggota tentera dan polis yang telah terkorban ditangan komunis demi menjaga keamanan negara," ujarnya yang juga Pengerusi Unit Pidato & Pengucapan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Selain itu gerakan dari pihak pembangkang ini dilihat sebagai satu bentuk "endorsement" terhadap keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu. 

"Saya menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng ke Malaysia. Ong Boon Hua bukan warganegara Malaysia dan kita tidak sesekali akan memaafkan kekejaman yang telah beliau lakukan.


Sekiranya DAP atau mana-mana pihak meneruskan usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng, saya dan teman-teman Pemuda UMNO tidak akan teragak-agak untuk turun menyatakan bantahan kami dan menggagalkan sebarang usaha memperingati musuh negara itu," ujarnya lagi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Anonymous
    11:00 AM

    Kominis Chin Peng dah mati. Nampaknya dah ada pengganti kominis moden dari kalangan org Melayu, iaitu Hishamudin Rais dan Khalid Ismath.

  2. Anonymous
    12:27 PM

    Elok jika abu Chin Peng ditaburkan kat bukit kepong, tempat yg paling sesuai kepada penjenayah dan pengkhianat no 1 negara!

  3. Anonymous
    1:18 PM

    AWAS!!!...Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Thailand mesti berwaspada 24 jam untuk memastikan bahawa tiada sebarang langkah diambil oleh waris bagi membawa mayat atau abunya ke Malaysia. Nanti kalau dah terlepas masuk banyak pula karenah yang sukar untuk di ambil tindakan.

Post a Comment