Chin Peng Tidak Sewajarnya Dikebumikan Di Malaysia - @jaissarday


UMNO Bahagian Kluang berpandangan Chin Peng tidak wajar dikebumikan di Malaysia kerana Kita tidak jelas akan kewarganegaraan Chin Peng. 

Ketuanya, Md Jais Sarday menjelaskan, pada 27 Julai 2009, Mahkamah Rayuan telah menolak tuntutan Chin Peng atas ketiadaan dokumen yg menyokong bahawa beliau adalah rakyat Malaysia. Maka, jika Chin Peng bukanlah warganegara Malaysia, tiada sebab agar mayatnya perlu dikebumikan di Malaysia.

"Kita juga perlu melihat fakta sejarah berdasarkan perjanjian damai Hat Yai 1989 yang telah ditandatangani pada 2 Disember 1989 antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya. 

Berdasarkan perjanjian berkenaan, terdapat klaus yang menetapkan ahli PKM yang ingin kembali ke Malaysia perlu menyatakan hasrat mereka kepada pihak berkuasa dalam tempoh setahun perjanjian ditandatangani. Kegagalan Chin Peng utk melakukan sedemikian dan terus menetap di Thailand perlu diambil kira," ujarnya.

 Seterusnya, kita tidak sewajarnya menyamakan Malaysia dengan negara lain. Chin Peng bukan sahaja membawa fahaman komunis, mengangkat senjata menentang Kerajaan malah tidak pernah menyatakan kekesalannya membunuh rakyat Malaysia.

"Oleh itu, kenapa perlu kita menghargai dan menerima agar Chin Peng dikebumikan di Malaysia? Bukankah rakyat Malaysia telah menolak fahaman komunis sejak sebelum merdeka lagi.

Cukuplah rakyat Malaysia khususnya keluarga-keluarga mangsa yang terbunuh dengan sejarah hitam yang lalu kerana komunis. Usah ditambah dan dikembalikan derita mereka. Kerajaan Malaysia pada hari ini telah berlaku adil dan diharapkan tiada mana-mana pihak yang akan mempertikaikan tindakan Kerajaan untuk tidak menerima Chin Peng dikebumikan di Malaysia," tambahnya.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment