Dialog Barisan Nasional Bersama Pembangkang : Mereka Tidak Ikhlas

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah melihat banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan selama ini, banyak transformasi yang telah dilaksanakan, yang mendatangkan kesan yang baik kepada rakyat secara keseluruhannya.

Kesan baik dari transformasi yang dibuat lebih-lebih selepas BN terus mendapat mandat dari rakyat pada PRU13 lalu, menyebabkan nama-nama besar pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim dan beberapa tokoh lain, seolah-olah tenggelam.

“Sebab itu, saya nampak Anwar Ibrahim cuba mencetuskan beberapa perkara baru untuk mengerakkan perkara baru demi kelansungan perjuangan politiknya, itu yang menyebabkan beliau melontarkan idea untuk mengadakan dialog bersama BN.

Apa tujuan dialog ini? Kononnya dialog antara BN dengan beliau dan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang untuk membicarakan hal-hal mengenai kepentingan rakyat yang selama ini telah ditangani dengan baik oleh kerajaan BN.

Saya tidak nampak ada keikhlasan dari pakatan pembangkang, malah Anwar sendiri kerana mereka hanya mahu menonjolkan semula nama mereka yang tenggelam sejak akhir-akhir ini,” ujarnya ketika di temui di lobi Parlimen semalam.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tidak melayan sandiwara dan permainan yang cuba dimainkan oleh Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang ini.

“.... ianya tidak membawa apa-apa keuntungan pun pada rakyat, malah kepada UMNO dan BN. Jika benarlah Anwar dan pakatan pembangkang mahu berunding berkaitan dengan isu-isu mengenai kepentingan rakyat ini, gunakanlah platform sedia ada seperti bercakap di dalam Dewan Rakyat.


Jika ada pemimpin mereka dalam Dewan Undangan Negeri, gunalah peluang bersidang di DUN bagi membicarakan hal yang sama, kerana inilah platform yang terbaik berbanding mengadakan forum atau dialog yang jelas mahu mempopularkan diri mereka khususnya Anwar Ibrahim,” ujarnya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong. 

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment