Jelajah Francais 1Malaysia - Mampu Bantu Usaha Naik Taraf Ekonomi Bumiputera


Usaha Biro Ekonomi dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) menganjurkan program Jelajah Francais 1Malaysia dilihat mampu menarik minat komuniti usahawan dan bakal usahawan di peringkat akar umbi untuk menceburi bidang perniagaan melalui konsep francais.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Hasan Malek berkata, program ini juga mampu membangunkan lebih ramai usahawan menjadi francaisor dan francaisi.

“Difahamkan bahawa program Jelajah Francais 1Malaysia ini bukan sahaja mensasarkan penglibatan golongan usahawan malah ia juga akan melibatkan pelajar university, NGO, golongan belia, wanita, dewan-dewan perniagaan, ahli koperasi dan orang awam.

Ianya satu tujuan yang murni dalam usaha untuk membantu meningkatkan ekonomi orang-orang Melayu kerana landskap ekonomi global pada masa ini adalah lebih mencabar, maka kita perlu berusaha untuk memastikan ekonomi kita terus berdaya tahan.

Kita mahu membentuk masyarakat yang berwibawa, dengan nilai-nilai positif bagi menghadapi cabaran-cabaran yang menunggu kita di masa hadapan,” ujarnya dalam majlis pelancaran Jelajah Francais 1Malaysia, di sini hari ini.

Tambahnya, untuk melangkah maju, kita perlu perubahan sikap serta keyakinan dan tidak takut untuk berdikari. Kita perlu cekal dan menepis segala bentuk halangan yang ada untuk mencakap kemajuan.

Dalam masa yang sama, Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, sector francais di dalam neaara ini memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi Negara.

“Bagi tahun 2013, kerajaan mensasarkan sektor francais menyumbang sebanyakRM23.6 bilion kepada keluaran dalam Negara kasar (KDNK).

Sehingga bulan ini, sebanyak 676 perniagaan francais telah mendaftarkan perniagaan mereka, yang mana daripada jumlah ini, sebanyak 480 adalah syarikat francais tempatan,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment