Kerajaan Diminta Kaji Semula Peranan Bank Pembangunan, Agro Bank


Kerajaan diminta melihat semula peranan Bank Pembangunan, Agro Bank dan SME Bank terutama dalam membantu usahawan bumiputera mengembangkan perniagaan mereka.

Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata bank-bank terbabit didapati terlalu terikat dengan arahan bank pusat sehingga menyukarkan usahawan bumiputera mendapat pinjaman pembiayaan.

Bank-bank ini mempunyai peranan berbeza dengan bank komersial lain, justeru harus ada pendekatan berbeza agar benar-benar dapat memberi manfaat kepada golongan sasar, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, Noh yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyambut baik pengumuman Perdana Menteri mengenai tambahan peruntukan RM70 juta untuk Tekun Nasional.

Tekun satu-satunya agensi yang memberi pinjaman tanpa cagaran dan peruntukan tambahan ini akan banyak membantu usahawan Tekun Nasional yang dijangka meningkat kepada 370,000 pada 2015, katanya
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Ek eleh Noh,dah tak laku dan dah jadi sejarah dalam kabinet,barusibuk suhkaji semula.Masa engkau menteri dulu takde punsuh kaji,malah pegawai khas engkau,suh agensi kementerian enkau membayar gaji.Kau lah paling banyak sekali pegawai khas.Menghabih boreh ajo.

Post a Comment