Khidmat Khoo Kay Kim Diperlukan Untuk Ajar Sejarah Negara Pada Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) mencadangkan agar Sejarahwan Negara, Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim untuk mengajar balik sejarah Negara kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.

Setiausahanya, Syed Anuar Syed Mohamed berkata, kita juga melihat ini merupakan kepimpinan pembangkang DAP  yang sebenarnya bukan buta sejarah, sebaliknya dia cuba untuk mengubah sejarah untuk menutup kelemahan pihak pembangkang.

“dalam keadaan sekarang, ketika DAP akan menghadapi pemilihan CEC yang baru, dengan pelbagai masalah yang timbul, masalah perwakilan dan tauliah sebagainya, dia cuba untuk mengalih pandangan masyarakat pada pemilihan CEC ini, dalam masa yang sama dia cuba untuk menarik perhatian perwakilan pemilihan CEC DAP supaya memberikan kepada dia, seolah-olah dia dilihat sebagai pejuang.

Sejarah penubuhan DAP sendiri dah cukup menjelaskan UMNO ini sebenarnya berjuang untuk kemerdekaan. Mungkin pada peringkat awal, bukan atas jenama UMNO tapi yang penting mereka yang terlibat dalam kemerdekaan ini adalah mereka yang menubuhkan UMNO itu sendiri,”  ujarnya mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang meminta kerajaan BN berhenti menyebarkan propaganda politik melalui penyelewengan sejarah termasuk dalam sukatan pelajaran Sejarah di peringkat sekolah.

Sehubungan dengan itu, Gagasan mencadangkan agar tidak perlu layan isu ini kerana jelas tujuannya untuk mempopularkan dirinya di kalangan ahli DAP semata-mata.

“Kita yakin dia tahu kedudukan yang sebenar cuma kalau dia masih tak fahm juga, pergilah panggil Khoo Kay Kim mengajar balik dia tentang sejarah kemerdekaan Malaysia.


Setiap ahli politik di negara ini perlu memahami sejarah sebelum memberikan sebarang kenyataan berkaitan fakta sejarah. Tindakan sesetengah ahli politik mengeluarkan kenyataan yang salah boleh menyebabkan berlakunya kepincangan terutama dalam kalangan mereka sendiri,” tambahnya lagi. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment