Lewatkan Pemilihan Semula CEC DAP Semata-Mata Untuk Burukkan Kerajaan


DAP terus berdolak dalik dan sengaja melewat-lewatkan pemilihan semula CEC DAP kerana ia adalah sebahagian adalah strategi yang sengaja dirancang untuk memburuk-burukkan kerajaan walaupun menyedari telah melakukan kesilapan pada pemilihan lalu.

Keputusan DAP untuk mengadakan semula pemilihan jawatankuasa pusat eksekutif (CEC) membuktikan bahawa parti itu akur dengan kesilapan walaupun sehingga kini mereka masih tidak mengaku kesilapan berkenaan.

DAP tidak perlu berdolak dalik berhubung perkara itu dengan memberikan pelbagai alasan sehingga menyebabkan mereka terpaksa mengadakan pemilihan semula.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata dalam UMNO-Online bahawa sudah menjadi kelaziman kepada pembangkang termasuk DAP untuk mengaku apa jua kelemahan atau kesilapan yang dibuat, mereka akan membuat pelbagai alasan untuk menutup kelemahan atau kegagalan adalam apa jua perkara yang mereka lakukan.

“Jika sebelum mereka mendabik dada dengan mengatakan DAP sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi yang telus, pemilihan semula CEC itu jelas menunjukkan mereka ini hanya pandai bercakap sahaja, sedangkan ianya hanyalah sekadar ucapan sahaja.

“Mengapa perlu diadakan semula pemilihan jika mereka yakin tidak bersalah, kesilapan teknikal yang dikatakan itu hanyalah sekadar alasan, itulah yanga biasa kita dengar daria mereka sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku itu bukanlah mainan politik UMNO atau Barisan Nasional, tetap adalah berdasarkan kepada aduan dan rasa tidak puas hati di kalangan ahli DAP sendiri terhadap perjalanan pemilihan itu dijalankan....


Pesanan buat Guan Eng, lepas nie jangan kantoi lagi mengira undi .... Nanti kata ini semua konspirasi UMNO dan BN plak.....
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment