Nafi Sejarah Negara Satu Usaha Berterusan Pembangkang Burukkan Imej UMNO


Menafikan sejarah negara dan cubaan mengubah sejarah negara adalah satu usaha konsisten pihak pembangkang untuk memburukkan imej UMNO sebagai kerajaan termasuk menafikan UMNO sebagai nadi penggerak dalam usaha kemerdekaan Negara

Penolong Ketua Penerangan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara, Nurul Izham Anuar berkata, UMNO merupakan penggerak utama dalam jentera politik kemerdekaan ini.

“Orang Cina di bawah Persatuan Cina Malaya (MCA) pada 1948 dan India di bawah Kongres India Malaya (MIC) pada 1951, menyertai perjuangan bersama iaitu Malaya untuk orang-orang Malaya. Mereka bergabung membentuk Perikatan sebelum Pilihan Raya Umum Malaya pertama pada 1955.

Dalam kata lain, kepimpinan UMNOlah yang menjadikan integrasi kaum menjadi satu kenyataan, semangat setiakawan pemimpin UMNO, MCA, MIC yang tinggi dan erat inilah menjadi asas menuntut kemerdekaan,” ujarnya mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang meminta kerajaan BN berhenti menyebarkan propaganda politik melalui penyelewengan sejarah termasuk dalam sukatan pelajaran Sejarah di peringkat sekolah.

Tambahnya, ini adalah bukti jiwa besar dan peranan utama UMNO sebagai pejuang ke arah kemerdekaan Negara, menafikan sejarah menjadi bukti kurangnya semangat negarawan pembangkang yang membangkitkan isu semata-mata untuk menjatuhkan dan memburukkan UMNO sebagai kerajaan yang berjaya membetulkan ketidakseimbangan ekonomi dan kestabilan antara pribumi dan kaum bukan Melayu melalui dasar kerajaan sejak merdeka.

Dalam masa yang sama, ADUN Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, Steven Sim Chee Keong buta sejarah.

“Kalau Zairil Khir Johari pun masih kabur tentang takrifan sebenar Melayu di Malaysia dan ingin merencanakan kembali pengertian sebenar Melayu Malaysia, adalah tidak menghairankan jika orang bukan Melayu juga ingin mentakrif kembali sejarah kewujudannya di negara ini.


Perjuangan DAP "Malaysia Malaysian" yakni Malaysia untuk semua, semua mesti samarata tidak pernah luput daripada agenda mereka,” ujarnya yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Hulu Selangor
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment