Noh Tidak Bertanding MT, Beri Ruang Pemimpin Pelapis Dari Selangor


Ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada UMNO dan BN negeri Selangor dan sebagai tanda terima kasih kepada YAB Presiden UMNO atas kepercayaan melantiknya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, merupakan intipati penting untuk Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar untuk tidak mempertahankan atau mencalonkan dirinya untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi pada pemilihan parti tahun ini.  

Ujarnya, beliau dan kepimpinan UMNO negeri Selangor  akan berusaha untuk merealisasikan hasrat Perdana Menteri supaya UMNO dan BN kembali berkuasa di negeri Selangor.

“Selepas saya melihat senario politik di Selangor, ia memerlukan saya memberi komitmen tinggi dan sepenuh tumpuan.

Dalam masa yang sama, saya ingin memberi tumpuan sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan dalam memastikan segala projek dan peruntukan kerajaan persekutuan bukan sahaja dapat dilaksanakan dengan berkesan tetapi dinikmati dan dihargai oleh rakyat Selangor.

Dalam masa yang sama, saya juga menghormati suara sayap di dalam UMNO yang mencadangkan wakil mereka bertanding di dalam Majlis Tertinggi. Secara kebetulan antara calon-calon sayap tersebut datangnya dari Selangor iaitu Datuk Sohaimi Shahadan, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda Selayang, Datuk Raja Ropiah Ketua Wanita UMNO Selangor,  disamping Datuk Satim Diman, Ketua Bahagian Puchong yang telah menawarkan diri bertanding Ahli Majlis Tertinggi,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau melahirkan rasa terkilan dengan laporan tidak tepat yang disiarkan di dalam media pada 3 September yang lepas, tentang kenyataan secara umum beberapa pemimpin UMNO dan penganalisa politik mengenai laluan kepada muka-muka baru di dalam kepimpinan UMNO.

“Kenyataan tersebut sebenarnya adalah respond kepada soalan pemberita . Saya sama sekali tidak berniat untuk merujuk kepada mana-mana Ketua-Ketua UMNO Bahagian dalam negeri Selangor.

Kenyataan saya tersebut adalah secara umum dan saya ingin menegaskan, semua pemimpin di semua peringkat berhak untuk bertanding dan terserah kepada perwakilan untuk menentukannya.


Pimpinan UMNO Selangor tidak akan campur tangan dalam sebarang pertandingan di bahagian dan saya menafikan sekiranya ada individu yang mengaitkan nama saya. Segala keputusan perwakilan akan di iktiraf selaras dengan konsep demokrasi di dalam parti UMNO,” ujarnya lagi. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment