Pendekatan Lebih Drastik Perlu Bagi Elak Banjir Kilat


Kerajaan disaran segera membina parit besar bagi mengelak masalah banjir kilat daripada berulang khususnya melibatkan kawasan yang terjejas teruk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Dato Haji Mohd Yusof Apdal berkata, banjir kilat tidaklah seteruk itu andainya perancangan telah pun dimulakan sejak dari dulu.

Menurut beliau kejadian banjir kilat atau banjir bermusim  yang  sering melanda beberapa kawasan di bandar ini termasuk di beberapa buah kampung terutama di musim hujan lebat  sebenarnya boleh dikatakan berpunca daripada keadaan anak sungai selain sistem perparitan yang tidak stabil menyebabkan air cepat melimpah.

“Saya yakin jika projek  tambatan banjir dapat diambil tindakan drastik oleh pihak yang berkenaan  ianya  akan dapat mengatasi masalah tersebut  .Kerajaan khususnya pihak berkaitan  perlu mengkaji masalah ini memandangkan banjir kilat bukan lagi perkara baru setiap kali musim tengkujuh pasti kawasan-kawasan rendah akan dinaiki air,” katanya selepas melakukan lawatan  kampung Sapagaya  bagi melihat runtuhan sungai yang berlaku di kampung itu dekat sini baru baru ini.

Turut serta dalam lawatan tersebut Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Lahad Datu Abdul Hakim Ghulam Hasan ,pegawai pegawai  dari UPKR Lahad Datu serta pemimpin masyarakat tempatan 

Menurutnya Mohd Yusof , beliau difahamkan bahawa Kerajaan Negeri  telah menurunkan peruntukan besar  melalui  Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS) untuk mengatasi masalah banjir di seluruh Lahad Datu dan berharap pihak berkenaan mengambil langkah segera menjalankan projek mendalam, melebar dan meluruskan sungai yang menjadi punca banjir sebagaimana yang berlaku di kampung Sapagaya sehingga mengakibatkan tebing sungai runtuh dan turut  menjejaskan kehidupan penduduk kampung  tersebut 

"Antara langkah yang boleh dilakukan ialah dengan melebar, mendalam dan meluruskan sungai-sungai  di kampung ini supaya aliran airnya lebih deras, tidak tersekat dan dapat mengalir dengan lancar terus ke laut, di samping menambak kawasan tebing sungai yang runtuh ” katanya.

Sehubungan dengan itu Mohd Yusof berkata  lebih baik jika kerajaan dapat mengeluarkan satu belanja yang besar dengan usaha yang konkrit untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi pada masa akan datang dimana ianya bukan sahaja dapat mengwujudkan keadaan yang selesa kepada rakyat sekali gus dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda penduduk terlibat  

Dalam pada itu Mohd Yusof turut mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan supaya mengkaji terlebih dahulu sesuatu projek pembangunan yang dirancang di bandar berkenaan sebelum meluluskannya.

Ini kerana, katanya, projek pembangunan yang dilaksanakan mungkin boleh menyebabkan banjir kilat atau pun tanah runtuh seandainya tidak dikaji secara mendalam.


“Sebenarnya, ini juga salah satu faktor banjir kilat  yang berlaku di beberapa lokasi di bandar ini. Oleh demikian, kita berharap agar pendekatan drastik dapat diambil demi keselamatan penduduk setempat ,” jelasnya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment