Pemilihan CEC DAP terus menjadi topik perbincangan hangat di
kalangan ahli-ahli DAP. Setakat ini,
semua pihak menantinya dengan penuh prejudis.
Beberapa rungutan telah pun kedengaran terutama di kalangan perwakilan
berbangsa India.
Nampaknya, DAP sekali lagi meminggirkan mereka dalam dialog awal
yang diadakan dengan para perwakilan.
Dialog yang diadakan khas bagi menghadapi pemilihan semula tersebut
disyaki bertujuan untuk ‘mengatur’ kekalahan atau kemenangan individu-individu
tertentu.
Dengan peminggiran perwakilan dari kaum India dari dialog ini,
memperlihatkan yang DAP sememangnya berniat untuk mempermainkan mereka sekali
lagi.
Justeru, tidak mustahil apa yang berlaku dalam pemilihan sebelum
ini bakal berulang di mana 753 perwakilan dari kaum India tidak dijemput.
Setelah meminggirkan kaum India serta memanipulasi kaum Melayu
dalam pemilihan terdahulu, kepimpinan DAP berhadapan dengan risiko yang lebih
besar akan ditolak oleh kedua-dua kaum ini dalam pemilihan semula ini.
Di masa yang sama, tidak semua kaum Cina di dalam DAP menerima
baik kepimpinan kuku besi Guan Eng.
Sikap Guan Eng yang angkuh sudah lama menjadi liabiliti kepada parti.
Ini kerana, DAP sepatutnya tidak perlu melalui segala episod yang
memalukan sehingga terpaksa mengadakan pemilihan semula, sekiranya Guan Eng
benar-benar punya kredibiliti, bijak dan jujur dalam memimpin parti.
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa imej dan kredibiliti DAP hancur
kerana Lim Guan Eng.
Guan Eng sendiri tahu bahawa tiada jaminan yang semua perwakilan
Cina akan memilihnya. Mengenali sikap
samseng, angkuh dan kukubesi Guan Eng, beliau tidak mungkin akan mengambil
risiko dirinya dan orang-orang pilihannya kalah dalam pemilihan.
Di masa yang sama, para perwakilan yang menolaknya juga pasti
sedang mengatur rancangan untuk menyingkirkannya dan juga orang-orangnya. Jelas, kedudukan Guan Eng benar-benar bahaya
pada ketika ini.
Dalam keadaan ini, semua orang melihat pemilihan semula DAP ini
bakal menjadi pemilihan yang dua kali paling tercemar dalam sejarah politik
negara. Ini kerana, Guan Eng tidak
mungkin akan membenarkan dirinya tersingkir dengan apa cara sekali pun.
Bak kata orang, sebuah penipuan hanya boleh ditutup dengan penipuan
yang lebih besar.
Setelah menipu dalam pemilihan awal, dan sedang mengatur cara
untuk menutup penipuan itu dalam pemilihan semula, maka inilah disarankan agar
ahli-ahli DAP belajar menyesuaikan diri untuk ditipu selama-lamanya oleh
pemimpin mereka.
0 Komen