ROS Perlu Lebih Tegas Elak DAP Terus Main Politik Putar Belit


Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Mejar Huan Cheng Guan berkata, Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu bertindak lebih tegas terhadap DAP berkenaan isu pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Ujarnya, sikap lembut ROS menyebabkan DAP mengambil kesempatan dengan memburuk-burukkan ROS kononnya ROS sengaja mensensasikan isu ini dan secara tidak langsung UMNO dan BN terheret sama apabila dikatakan menjadi dalang.

lim-guan-eng-zairil-bukan-anak-khir-johari-tipu-undi-pemilihan-cec-pusat-dap-rasis

Menurut Cheng Guan, beliau difahamkan DAP telah beberapa kali mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahlinya untuk membincangkan permasalahan ini dan intipati perjumpaan tersebut adalah lebih kepada memburukkan ROS.

“ROS menjadi ‘punching bag’ DAP. Sekali dua mungkin orang tidak percaya tetapi apabila sudah kerap diburukkan ditambah pula dengan sikap lembut ROS maka orang akan percaya bahawa ROS sengaja mahu menyusahkan DAP.

“Walau pada hakikatnya permasalahan ini adalah berpunca daripada DAP sendiri namun kerana sikap putar belit DAP maka pihak lain yang akan dipersalahkan.

“Saya menggesa agar ROS lebih berani bertindak tegas dengan memberi tarikh akhir untuk DAP mengadakan semula pemilihan CEC. Sekiranya gagal, tindakan akan diambil. ROS tidak perlu takut dengan DAP,”.


Seterusnya baca di sini
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    10:31 AM

    I think its high time for the govt to replace the chief of ROS as he is seen to be an incapable person.Please make the change now before its too late

Post a Comment