Ugutan Bunuh Tak Mampu Tutup Isu Kepincangan Pemilihan DAP

Exco Pergerakan Wanita UMNO, Senator Norliza Abdul Rahim berkata, DAP akan terus bermain sandiwara bagi mengelirukan rakyat berkenaan kemelut pemilihan semula CEC.

Terbaru jelas beliau didakwa kononnya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerima ugutan bunuh dan ini boleh dianggap satu lagi taktik terbaru DAP di dalam mengalih isu CEC.

Justeru tambahnya lagi dek kerana tertekan dengan sikap ahli DAP sendiri yang menggesa kepimpinan DAP berhubung pemilihan tersebut maka cerita baru terpaksa direka agar kepincangan mereka dapat ditutup rapat.

Semalam Guan Eng mendakwa menerima ugutan bunuh melalui laman twitternya yang dipercayai ada kaitan dengan permasalahan pemilihan CEC.

Selain itu Guan Eng turut melahirkan rasa tidak percaya dan menuduh pihak polis sebagai ‘double standard menyebabkan dia masih menimbangkan samada mahu membuat laporan polis atau tidak.

“Ini semua adalah propaganda DAP. Seperti biasa mereka akan menuduh pihak lain untuk rakyat kembali membenci polis kononnya polis bersikap tidak adil dan pilih kasih.

“Inilah kepakaran DAP di dalam mengalih perhatian rakyat daripada melihat keburukan mereka. Sekiranya sentimen di hati rakyat telah disemarakkan maka isu CEC tidak lagi menjadi perhatian,” jelas Norliza.

Tambah Norliza yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Gelugor, seharusnya sebagai seorang Ketua Menteri, Guan harus mempercayai kredibiliti pasukan keselamatan yang menjaga keamanan negara ini serta memberi sokongan sepenuhnya tanpa ada rasa prejudis.

Pihak berkuasa sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka tanpa ada rasa pilih kasih atau parti politik. “Bagaimana seorang Ketua Menteri boleh mengeluarkan kenyataan tidak percaya kepada pihak berkuasa.

“Ini sebenarnya adalah dalih mereka. Jika benar dia menerima ugutan bunuh, laporan polis mesti dilakukan dan siasatan akan dibuat. Bukan menuduh pihka polis tidak adil dan pilih bulu,” jelasnya lagi.

dap-rasis-india-dinasti-kroni-tak-demokratik-demokrasi-pemilihan-kotor-ros-ahli-bantah-pejabat

Pada 30 Julai lepas, ROS memutuskan DAP perlu mengadakan semula pemilihan CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan berkaitan dakwaan berlaku penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan parti itu.

Bagaimanapun, parti itu sebelum ini berulang kali mempertahankan bahawa pemilihan berkenaan diadakan secara bersih dan kesilapan yang berlaku adalah disebabkan masalah teknikal.


DAP pada awalnya membantah arahan ROS itu namun kemudian memutuskan akan berbuat demikian.  

Sumber: UMNO-Online
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

Post a Comment