11 Muka Baru Signal UMNO Selangor Sudah Bersedia Hadapi PRU14 ....... ?


Ketua UMNO Bahagian Shah Alam yang baru, Azhari Dato’ Shaari menyifatkan kehadiran 11 orang muka baru yang menang di bahagian dalam Selangor merupakan satu petanda baru bahawa UMNO Selangor sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PIlihan Raya Umum ke-14 sekaligus merampas semula pentadbiran kerajaan negeri dari Pakatan Pembangkang.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Shah Alam ini juga menyifatkan ia memberi harapan baru untuk membawa perubahan khususnya buat pengundi bukan sahaja di Shah Alam, malah di Selangor khususnya.

“Kini penyatuan dan pemerkasaan dengan misi merampas semula Selangor harus dijadikan agenda utama UMNO Selangor, dalam masa yang sama, kita harus mengenetepikan jurang politik berpuak-puak kerana ia akan mengugat potensi UMNO dalam Pilihan Raya umum yang akan datang,” tambahnya.

11 muka baru kepimpinan UMNO Bahagian di Selangor ialah Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Jamal Md Yunus (Sungai Besar), Mat Nadzari Ahmad Dahlan (Hulu Selangor), Raja Hanipuddin Raja Nong Chik (Petaling Jaya Selatan), Mohd Hanif Koslan (Pandan), Yusoff M Haniff (Kelana Jaya) Datuk Zein Isma Ismail (Subang), Datuk Faisal Abdullah (Kapar), Datuk Nassaruddin Mohd Zin (Klang), Datuk Marsum Paing (Sepang) dan Azhari Shaari di Shah Alam sendiri.

“Kita menyambut baik pelan transformasi dan peremajaan dalam UMNO, walaupun sudah ada agenda penting untuk meremajakan parti, itu tidak sama sekali bermaksud golongan veteran harus diketepikan.

Generasi muda perlu dijadikan fokus utama Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk PRU-14 kerana sebelum ini wujud jurang di antara suara muda dan veteran dalam parti UMNO.


Kini, penting untuk kepimpinan UMNO mencari titik pertembungan dalam mengharmonikan jurang ini bagi mensiapsiagakan UMNO dan BN secara keseluruhannya dalam menghadapi PRU-14.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment