Agenda Terancang Bertujuan Mencabar Kedudukan Agama Islam- Pemuda UMNO

Pergerakan Pemuda UMNO memandang serius perkembangan berkaitan dengan Proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia HRC (“UN”) yang melibatkan Malaysia yang berlansung di Geneva, Switzerland pada 24hb Oktober 2013 baru-baru ini.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata, secara khususnya, Pemuda UMNO menyatakan kerisauan kami dengan tindakan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (“COMANGO”) yang di dalam laporan mereka terang-terangan mempertikaikan undang-undang negara dan Perlembagaan Persekutuan; yang menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati prinsip Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan yang merupakan tunjang Rukunegara.

“Pemuda UMNO berpandangan bahawa tindakan ini sebahagian dari satu agenda terancang yang bertujuan melemahkan atau mencabar kedudukan agama Islam di Malaysia yang dijamin dan termaktub di dalam Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan atas nama kononnya hak asasi manusia dan mempromosikan anti-diskriminasi.

Melihat NGO-NGO yang mendukung COMANGO ini, Pemuda UMNO merakamkan kemusykilan bahawa tujuan mereka ikhlas, sebaliknya berkemungkinan ada agenda politik tidak sihat di sebalik laporan COMANGO ini.

Meneliti lagi isi kandungan laporan COMANGO, Pemuda UMNO semakin yakin bahawa memang ada agenda politik di sebalik tuntutan COMANGO, dan ingin menasihatkan pihak-pihak yang bertanggungjawab tentang perkara ini supaya tidak menyalahgunakan proses UN untuk memburukkan imej Negara, dan menyebarkan fakta-fakta yang tidak tepat dan tidak benar yang sengaja diolah untuk kepentingan pihak-pihak tertentu,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Media-UMNO hari ini.

Tambahnya, Pemuda UMNO juga ingin mengucapkan syabas tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada Majlis Hak Asasi Manusia UN dalam proses ini khususnya kepada Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia atau ringkasnya MuslimUPRo yang telah menjalankan usaha yang patut dipuji.

“Walaupun Pemuda UMNO menerima keperluan perbincangan di peringkat antarabangsa bagi tujuan pendedahan dan pembukaan minda, namun yang demikian perlu ditekankan bahawa tidak kira apa yang telah diusulkan atau dicadangkan di gelanggang antarabangsa, Pemuda UMNO tidak akan sekali-kali berganjak daripada perjuangan tradisi UMNO iaitu mempertahankan dan memperjuangkan Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan perkara-perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Akhir-akhir ini terdapat banyak pihak yang menyeru supaya setiap rakyat mengelak dari melakukan perkara-perkara yang menimbulkan ketegangan. Pemuda UMNO bersetuju dengan pendekatan ini dan menganggap bahawa laporan dan tuduhan COMANGO yang boleh dibaca dalam laporan mereka merupakan satu bentuk provokasi yang hebat yang berpotensi menimbulkan ketegangan dan kekeliruan kepada masyarakat,” ujarnya lagi.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    3:04 PM

    Bah. Kedua:

    Sebenarnya, UN, Mahkamah Antarabangsa UN/ICC serta undg-undg/budaya ‘universal’ "demokrasi-hak asasi" LIBERAL SAMPAH Barat-Zionis, hadiah-hadiah/pujian-pujian Nobel/UN, pertubuhan Barat-Zionis spt. Bank Dunia (World Bank), pertubuhan Commonwealth dsbnya,, TPPA, NGO-NGO yg. ditaja Barat-Zionis dsbnya, adalah SENJATA si KAPIR DAJAL Barat-Zionis utk. MENJATUHkan Islam/umatnya dan MENJAJAH kita, apalagi bila kaya minyak-gas, limpahan kurnia ALLAH SWT. Maka, K'jaan/UMNO/JAKIM/JAWI mesti lawan HABIS-HABISAN, tuntutan Comango/UN! Barat-Israel (dan sekutu mereka dari DAPBANGKAI/PKR di Malaysia), hanya tahu hendak memaksa Dunia Islam/ “Dunia Ketiga“ mengamalkan "demokrasi- hak asasi" LIBERAL SAMPAH itu, yang termasuk kesamaan hak semua bangsa-jantina-agama, serta hak asasi kebebasan-mutlak penagih seks-pornografi (termasuk merogol haiwan dan melancap/bertelanjang di tempat awam)-homoseksual (termasuk Mak Nyah)/pengguguran anak-kehamilan luar nikah (terutamanya dr. remaja)/penagih dadah-steroid-judi, dan segala macam lagi perangai BUAS-KEJI-mcm-pengikut-SYAITAN!

    Patutnya pemimipin Islam/Melayu kita kena bertindak dgn amat TEGAS tanpa sebarang kompromi, spt. Sultan Brunei dan negara Liga Arab (dan siapa-siapa Bukan Islam buat aniaya kat umat Islam juga, mesti kena bawah Hukum Hudud spt. di Arab Saudi - bukan hanya yg. Islam dihukum)! Pedulikan kecaman KEJI si KAPIR-KAPIR Barat-Zionis (lihat akhbar anti-Islam di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2471776/Sultan-Brunei-introduce-new-sharia-laws.html). Atau buat mcm. African Union, yg, sekarg. gertak keluar ICC dan Gambia, negara ISLAM, yg. baru keluar Commonwealth (Commonwealth sebenarnya adalah dipengerusikan Queen Elizabeth yg. sebenarnya dipuja Kristian Zionis sbg. "Ratu Israel"!).

    Dan si Kapir-BUAS Barat-Zionis ini juga asyik nak kutuk undg-undg Syariah Islam kita, yg. termasuk Hukum Hudud, yg. menghukum aqidah dan akhlak SONSANG! Tetapi di bawah "demokrasi/hak asasi" LIBERAL SAMPAH Barat-Zionis, boleh pula dihalalkan rejim-rejim Barat-Israel untuk membunuh umat Islam dgn. amat BUAS, sesuka hati secara beramai (GENOCIDE) spt di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Somalia, Afghanistan, Pakistan, Mali, Yemen, Sudan, Nigeria, Lebanon dan selatan Thailand/Filipina, dan kemudian akan ke Iran dll, termasuk Malaysia ini contohnya bermula dengan Sabah baru-baru ini. Bahkan pengganas TALEBAN, BOKO HARAM, Al SHABAAB, AL-QAEDA dsbnya adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam dan MENJAJAH umatnya, di negara-negara Islam yg. kaya minyak-gas. Lihat KEBUASAN Barat –Israel di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013 (lepas itu si Barat-Israel BERPURA kononnya asyik diserang al-Qaeda/Taleban dsbnya)!

    Jadi kenapa si PENGGANAS-PENGANAS Barat-Israel sendiri tidak pula di hukum “Mahkamah Antarabangsa UN/ICC“ (ICC: bukan bawah UN - lihat http://www.icc-cpi.int/en_menus/icc/about%20the%20court/Pages/about%20the%20court.aspx). Barat-Zionis juga cuba memutar-belit dengan sering membangkitkan isu kononnya ada rejim Barat, Serbia yang dihukum di bawah Tribunal UN, tetapi sebenarnya sebab rejim Serbia yang dulu walaupun memang dihukum sebab membunuh umat Islam Bosnia, tapi matlamat utama Serbia dihukum ialah kerana ia pro-Komunis dan amat anti-EU/US (maka Serbia sahaja satu-satunya rejim Barat yang dihukum di Tribunal UN; sedgkan Croatia pula terlepas).

    Dan lagi, Ban ki Moon dari UN dan birokrasi atasannya, rata-ratanya dikuasai pro-Barat-Zionis! Ki Moon adalah bekas Menteri Luar Korea Selatan yang amat pro-US/Barat-Zionis; begitu juga Presiden ICC dan Bank Asia, keduanya juga dari Korea Selatan - tidakkah ganjilnya ini [Pres. Bank Pembangunan Asia (ADB) juga mahu paksa K'jaan kita tandatangani TPPA]!

    Makcik Sambal Belacan.

Post a Comment