Bajet2014: GAGASAN Cabar Pembangkang Senarai Perkara Yang Hukum Rakyat

Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) hari ini melahirkan rasa kecewa terhadap pihak pakatan pembangkang yang sanggup lakukan apa sahaja termasuk memperlekeh dan mengelirukan rakyat, khususnya mentakrifkan Bajet 2014 baru-baru ini sebagai bajet yang menghukum dan menekan rakyat.

Setiausaha Agungnya, Syed Anuar Syed Mohamed berkata, Pakatan pembangkang boleh menjanjikan 'bulan dan bintang' dalam bajet mereka tetapi sebagai rakyat perlu sedar bahawa mereka tidak mempunyai autoriti untuk melaksanakannya.

"Usah terpedaya kerana sekiranya berkuasa sekalipun mereka tidak mampu melaksakannya seperti mana manifesto pilihan raya umum yang lalu kerana bagi pakatan pembangkang, ia bukan satu perjanjian untuk dilaksanakan.

"Sebaliknya apa yang dibentangkan oleh perdana menteri adalah satu janji yang wajib untuk ditepati, malah bajet itu sendiri merupakan satu komitmen daripada kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat," ujarnya di sini hari ini.

Tambahnya, Gagasan berharap agar rakyat sedar akan perangai buruk pihak pembangkang ini dan dalam masa yang sama, Gagasan mencabar Ketua Pembangkang menyenaraikan perkara dalam Bajet2014 yang dikatakan Bajet Menghukum Rakyat yang mereka perkatakan.


“Dalam masa yang sama, Gagasan yakin rakyat amat rasional di dalam isu pemotongan subsidi gula, namun berharap agak pihak KPDNKK mempertingkatkan pemantauan agar kenaikan barangan berkaitan gula tidak berlaku di samping gerakan kesedaran kesan penggunaan gula yang berlebihan oleh Kementerian Kesihatan,” tambahnya lagi.  
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment