`Orang Lama’ UMNO Johor, Shahrir Samad Kekal Ketua Bahagian

Tan Sri Shahrir Abdul Samad terus diberi kepercayaan oleh Umno Bahagian Johor Baharu apabila dipilih semula sebagai ketua bahagian pada pemilihan parti hari ini.

Pengerusi Tetap Umno Bahagian Johor Baharu Daud Mohd Noor berkata Shahrir, 64, yang kali pertama dicabar selepas memegang jawatan itu sejak 31 tahun menerima 396 undi berbanding dua lagi pencabarnya iaitu Datuk Ahmad Kemin (137 undi) dan Zulkifli Ismail (16).


Shahrir yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC)  percaya kejayaan mengekalkan jawatan itu adalah hasil sokongan berterusan yang diberikan anggota bahagian berkenaan ke atas khidmat yang dilakukannya di Johor Baharu sejak 30 tahun dahulu.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment