Pelaksaan GST Baik, Tapi Pelaksaan Mestilah Dibuat Penuhi Matlamat


Ahli Dewan Undangan Jabi, Mohd Iskandar Jaafar menyokong dasar GST (cukai barang dan perkhidmatan) dilaksanakan untuk menstruktur semula cukai pada bajet 2014 yang lalu.

Ujarnya, selama ini tanpa kita sedar Cukai Jualan dan Perkhidmatan terpaksa ditanggung rakyat hampir 20%. Dengan GST, pengguna hanya bayar 6% sahaja.

“Tapi akhirnya, semolek mana pun struktur yang dirancang, pelaksanaan mestilah dibuat dengan memenuhi matlamat. Penguatkuasaan masih menjadi elemen paling penting.

Dalam pada kita nak menuju negara maju 6 tahun sahaja lagi, sedih juga kalau rakyat masih nak bertekak pasal harga gula. Besarkah pengaruh gula dlm kehidupan seharian? Kalau naik sehingga Rm2.84 sen/kg, katakan kita guna 5kg/bulan kos gula sekitar RM170 setahun/keluarga,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.  

Tambahnya, tengok pula bantuan kerajaan bagi, BR1M naik sampai RM650. Penjimatan subsidi gula pula hampir RM700 juta akan disalur kepada rakyat melalui program-program lain

“Jadi rakyat kena ubah cara berfikir. Tengok dari aspek yang lebih luas dan munafaat yang lebih besar. Jangan hanya fikir gula naik, fikir juga nikmat yg di perolehi. Jangan kita nanti jadi seperti yang disebut oleh Allah SWT dalam Quran, ada otak tidak berfikir, ada mata tidak melihat, ada telinga tidak mendengar.

Soal kenaikan harga barang sebenarnya lebih kepada integriti peniaga dan pembeli. Adakah peniaga boleh berkompromi dengan penyusutan keuntngan? Sebagai contoh, gulalah katakan. Stok mereka beli dengan harga sebelum naik. Bila subsidi dikurangkan, esok terus naik harga gula. Sedangkan mereka beli dengan harga yang lebih murah sebab stok yang lama. Dalam kes ini, keuntungan berlipat kali ganda. Berapa ramai peniaga yang boleh berkompromi dalam hal ini?


Sebab itu saya fikir dalam usaha kerajaan mengurangkan beban rakyat, mereka yang berpendapatan rendah ini, kerajaan telah sediakan mekanisme, contohnya menaikkan BR1M. Memang ianya bukan boleh menampung semua perbelanjaan hidup tapi sekurang-kurangnya kerajaan membantu. Adakah ada sesebuah negara yang bagi duit terus kepada rakyak seperti Malaysia ni? Duit itulah sebenarnya hak rakyat yang dipulangkan kepada rakyat hasil dari penstrukturan subsidi,” ujarnya lagi yang juga Ketua Pemuda Bahagian Setiu. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment