Sekretariat Bebas Muflis Bela Golongan MUFLIS


Mereka yang muflis akibat menjadi penjamin sosial, masalah teknikal dan tertipu mendapat jaminan lisan daripada menteri berkaitan bahawa masalah mereka akan diselesaikan.

Pengerusi Sekretariat Bebas Muflis, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, jaminan lisan itu diperoleh ketika sekretariat mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Ketua Pengarah Insolvensi, Rohana Abd. Malek baru-baru ini.


"Pada pertemuan itu kami sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah diberi jaminan lisan oleh menteri bahawa masalah muflis dalam kalangan penjamin sosial akan diselesaikan dengan cara terbaik.

"Malah menteri juga bersetuju menerima penubuhan kami di mana perlunya sebuah entiti lain seperti Sekretariat Bebas Muflis untuk menjadi pemudah cara dan memberikan pemahaman antara golongan muflis dan juga jabatan," katanya kepada pemberita pada pelancaran Sekretariat Bebas Muflis di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Ekonomi dan Usahawan Pemuda UMNO turut berkata, pada fasa pertama itu sekretariat akan mengumpul nama-nama mereka yang 'dizalimi' untuk diberikan khidmat nasihat sebelum kes mereka dihantar ke Jabatan Insolvensi.

Baca seterusnya di sini

Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    1:36 AM

    SYUKUR ALHAMDULILLAH dgn. NGO prihatin Islam/Melayu kita ini! Kerana ramai yg. muflis, termasuk sebab diANIAYA, adalah bangsa kita.

    Saya sendiri pernah ditipu rakan niaga, jadi memang perit pengalaman ini!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal).



Post a Comment