Sistem Berkempen: Apa Kata Mukhriz & Mohamad Hasan ......?


Dua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri bersetuju supaya syarat yang dikenakan pada pemilihan parti itu dilonggarkan bagi memberi peluang kepada calon yang menawarkan diri untuk mendekati perwakilan. 

 Kelonggaran syarat tersebut juga membolehkan perwakilan untuk menilai calon-calon yang benar-benar berwibawa bagi menerajui UMNO.  

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, setiap calon yang bertanding mempunyai visi dan mereka sewajarnya diberikan peluang untuk menyampaikannya kepada akar umbi.

"Saya rasa memang sangat diperlukan (untuk melonggarkan sayarat) kerana saya faham bahawa tujuan kita adakan etika pemilihan untuk mengelak daripada berlakunya perkara yang akan menjejaskan imej parti dan politik wang.
 
"Tetapi hasrat perwakilan dan calon untuk berjumpa serta berkongsi apa jua perjuangan calon itu dan kebaikkan yang dia hendak bawa kepada parti harus dibenarkan tetapi dengan syarat maklumkan kepada perhubungan UMNO Negeri yang harus menghantar pemanatu bagi mengelak perkara yang tidak diingini dan kempen berjalan dengan sihat.
  
"Bagi saya sendiri calon di peringkat Naib Presiden kurang masalah kerana kami semuanya dikenali oleh perwakilan dan mendapat liputan media yang agak luas tetapi di peringkat Majlis Tertinggi (MT) dan sayap saya lihat inilah masalah yang dihadapi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengenalan Calon-Calon Ahli MT dan Exco Pergerakan Sayap UMNO 2013 - 2016 di Bangunan UMNO Kelantan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengulangi desakannya supaya peraturan pemilihan dilonggarkan demi kebaikan semua pihak dan menyuburkan demokrasi dalam parti itu.

"Inilah rungutan daripada bawah kerana larangan yang terlampau ketat, kadang-kadang akan menyebabkan orang cuba untuk mencari jalan yang lain.

"Dalam pemilihan kali ini sistem yang dibuat bagus tetapi larangan untuk berkempen tidak usahlah ketat sangat, keluarga UMNO itu besar, kalau tidak boleh pergi sana sini dan tak dibenarkan berjumpa susahlah," katanya.

Katanya, kebanyakkan perwakilan daripada akar umbi tidak mengenali calon-calon yang bertanding dan mereka seharusnya diberi peluang untuk mendekati golongan yang menawarkan diri itu.

"Kalau kita tidak berjumpa akar umbi bagaimana mereka mahu mengenali calon, ia tidak memberi peluang kepada akar umbi untuk menilai siapa calon yang akan mereka pilih.


"Jangan terlampau sangat tidak boleh buat itu dan ini, ini bukan Parti Komunis Cina, ini parti UMNO, kalau UMNO tak boleh bersuara lagi, parti apakah ini," katanya.


Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment