Tahniah @NazirHussin79 - Karnival Kerjaya Pemuda BN 2013 capai objektif




Karnival Kerjaya Pemuda BN yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu mencapai objektif apabila mencatatkan jumlah kehadiran lebih 200,000 pengunjung.

Tujuan ia diadakan bukan sekadar membuka peluang kerjaya, malah ia turut sama memberi kelebihan kepada golongan bekerjaya sedia ada menaiktarafkan kerjaya mereka.

Penganjur Program, Nazir Huzzin Akhtar Hussin yang juga pengerusi karnival kerjaya itu berkata, sambutan pada kali ini amat menggalakkan dengan kehadiran pengunjung melebihi jangkaan.

“Saya pada awalnya tidak menjangkakan kehadiran pengunjung yang amat memberangsangkan dan saya bersyukur kerana ia mendapat sambutan.

“Pada hari pertama, jangkaan kehadiran pengunjung adalah kira-kira 14,700 orang dan pada Sabtu ia meningkat kepada hampir 81,000 orang,” katanya ketika ditemui pada karnival tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sementara itu, seorang graduan dari Kolej Teknologi Profesional Kangar, Mickson Nasir, 21, ketika ditemui berkata, program itu diakui banyak membantunya dalam mencari peluang kerjaya selari dengan kriteria yang dimilikinya.

“Peluang kerjaya yang ditawarkan di sini maat cerah kerana terdapat banyak syarikat yang mengambil bahagian.

“Saya harap melalui program seperti ini dapat membantu saya dan juga graduan lain mencari pekerjaan sesuai dengan kelulusan yang ada,” katanya.

Bagi pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hafizatun Nadia Ahmad, 21, program ini merupakan satu pendekatan yang bagus kerana ia lebih mesra pengunjung.

“Karnival sebegini lebih bagus berbanding permohonan melalui dalam talian kerana kita sukar untuk berinteraksi secara dalam talian.

“Di karnival ini, kita dapat bersemuka terus dengan majikan-majikan yang mengambil bahagian pada karnival ini,” katanya.

Sementara itu, graduan dari Kolej Universiti Antarabangsa INTI, Mohan Kumaran, 24, berpendapat, ini merupakan salah satu usaha daripada pihak kerajaan untuk membasmi masalah pengangguran dalam kalangan graduan dan ia perlu disokong serta diteruskan.

“Pada saya, kerajaan telah mengambil inisiatif yang sangat baik di mana karnival ini menajdi platform untuk pada graduan mencari peluang pekerjaan,” katanya.

Karnival berkenaan dilihat bukan sahaja memberi kemudahan kepada graduan biasa malah ia turut menarik minat graduan daripada kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Ahmad Ridhuan Husin, 29 yang merupakan pelatih dari Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan berkata, karnival memberi ruang kepada golongan OKU sepertinya mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.

“Saya rasa karnival ini amat sesuai dan bagus diadakan setiap tahun kerana ia tidak sama sekali menyukarkan golongan OKU seperti saya untuk mencari pekerjaan yang sesuai,” katanya.

Karnival yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ini disertai lebih 350 majikan dengan 260 gerai yang menawarkan kira-kira 30,000 peluang kerjaya untuk direbut graduan dan belia yang memulakan perniagaan atas talian.


Ia juga merupakan Karnival yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai penganjuran karnival kerjaya terbesar di Malaysia selain telah berjaya mengurangkan sebanyak 160,000 masalah pengangguran sepanjang dua tahun penganjurannya - AgendaDaily
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment