Transformasi Politik Bawa Perubahan Progresif Kepada UMNO - Armand

Pemilihan parti yang berlalu baru-baru ini yang menggunakan mekanisme baru telah menyaksikan satu proses pemilihan lebih demokratik dan satu manifestasi transformasi politik terhadap perubahan yang progresif.

EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Hj Abu Hanifah berkata, pendekatan ini selaras dengan konsep transformasi politik yang diterapkan
oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pelaksanaan pemilihan sebegini membuktikan amalan demokrasi yang subur dalam UMNO. Ia merupakan satu mekanisme baru yang memperlihatkan ketelusan UMNO dalam pemilihan pemimpin yang benar-benar layak mengemudi parti Melayu terbesar di negara ini.

“Pemilihan kali ini memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk bertanding namun yang akan menentukan kemenangan mereka adalah majoriti sokongan yang diraih. Pemimpin yang bakal dipilih adalah pilihan suara majoriti anggota dan bukan semata-mata perwakilan yang mewakili bahagian,” ujarnya yang juga Presiden Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M).

Tambahnya, Transformasi ini telah memberikan ahli akar umbi UMNO ruang untuk bersuara, dan mereka telah menterjemahkan suara mereka didalam bentuk pemilihan yang baru berlalu.

“Ini adalah bukti transformasi politik yang dilaksanakan telah diterima baik oleh ahli akar umbi UMNO. Sebenarnya ini adalah kejayaan ahli akar umbi UMNO yang berjaya membuktikan kematangan politik yang tinggi,” tambahnya lagi.


Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment