Transformasi UMNO Berjaya Buktikan Keutamakan Ahli Di Peringkat Akar Umbi– Noh Omar

Jika sebelum ini, Perhimpunan Agung UMNO akan menjadi tumpuan, khususnya pada tahun-tahun pemilihan tertinggi parti, di mana para perwakilan akan jadi tumpuan, khususnya pada saat-saat akhir tempoh berkempen, tetapi tidak tahun ini, ujar Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

“Perubahan yang paling besar iailah suasana perhimpunan itu sendiri. Jika dulu perwakilan akan jadi tumpuan, tetapi kali ini apabila perlembagaan baru ini, pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti akan dibuat di bahagian-bahagian, jadi apabila Perhimpunan Agung UMNO, Disember ini, perwakilan dan rakyat keseluruhannya sudah tahu keputusannya.

Jadi perwakilan G7 dari bahagian-bahagian tidak lagi akan menjadi tumpuan. Jadi, ia merupakan satu transformasi yang cukup berani oleh Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Razak di mana beliau mengotakan katanya, rakyat didahulukan, dan memberikan kuasa dan keutamaan kepada ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi untuk memilih pemimpin-pemimpin UMNO,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang.

Tambahnya, jika sebelum ini hanya sekitar 2,500 perwakilan diberikan mandat memilih pemimpin tertingi parti, namun dengan transformasi pada perlembagaan yang dilakukan pada 2009 ia menampakkan ketelusan yang cuba dibawa Presiden, tetapi pemilihan kali ini memberi peluang kepada lebih 150,000 ahli UMNO untuk menentukan hala tuju parti melalui penentuan ahli Majlis Tertinggi dan juga sayap-sayap parti tersebut; Wanita, Pemuda dan Puteri malah kepimpinan di peringkat bahagian dan akar umbi juga.

“Transformasi parti ini memang jelas mengutamakan ahli, dan satu cara kita untuk menguatkan parti di mana pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti tidak lagi diberikan kepada perwakilan, jika satu bahagian ada perwakilan G7 berjumlah 7 orang, ditambah dengan perwakilan yang automatic 6 orang, bermakna hanya 13 orang sahaja ahli UMNO dari satu-satu bahagian itu akan memilih pucuk pimpinan parti tetapi sekarang, hampir 1000 orang yang akan diberikan peluang untuk memilih pemimpin di peringkat pusat.

Saya nampak ini juga usaha untuk menyekat budaya tidak sihat seperti politik wang ketika pemilihan parti, kerana dengan jumlah 150,000 orang yang akan mengundi, jadi politik wang dapat dibendung. Pemilihan ini akan dibuat serentak, antara pemilihan di peringkat bahagian dan peringkat tertinggi parti, jadi waktu pemilihan Majlis Tertinggi dibuat Ketua Bahagian yang ada ini pun tak boleh nak menumpukan pada calon-calon MT kerana dia di bahagian juga ada pertandingan atau dia akan dilawan.

Jadi, dia akan menumpukan perhatian untuk memastikan dia menang di
bahagian dari dia nak bawa calon-calon di peringkat MT. Cuma pemilihan kali ini nampaknya memberikan peluang kepada calon yang ada nama atau selalu keluar TV atau suratkhabar, khususnya dari kalangan menteri atau timbalan menteri, untuk dipilih oleh para perwakilan,” ujarnya lagi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment