Bajet 2014 Beri Kepentingan Besar Kepada Rakyat, Gelisahkan Pembangkang

Shahrul Zaman, bekas bos aku ketika di Ibu Pejabat
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dulu
Naib Ketua UMNO Bahagian Badan Datok, Datuk Shahrul Zaman Yahya menyifatkan wajar untuk kita menghormati peranan pihak pembangkang untuk tujuan check & balance di dalam Negara kita tetapi pihak pembangkang juga perlu lebih bertanggungjawab dan tidak membangkang hanya semata-mata untuk membangkang..

Ujarnya, perbedaan pendapat dibenarkan dalam Islam tapi perlu ada adabul iktilaf adab-adab dalam menangani perbedaan pendapat, dan sudah pasti ada perkara-perkara yang kita boleh bersetuju dan bersama demi kebaikan rakyat.

“Adalah tidak adil dan tidak waras untuk semua perkara dipolitikkan tanpa mengambil kira kebaikan dan niat positif sesuatu keputusan atau dasar itu.

Ini jelas dalam Bajet2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang merupakan belanjawan yang dekat di hati rakyat.

Ini kerana kerajaan pimpinan beliau memahami sekali masalah yang menimpa rakyat terutamanya berhubung kenaikan kos kehidupan yang semakin mencabar,” ujarnya mengulas dakwaan pakatan pembangkang bahawa Bajet2014 merupakan Bajet yang menghukum rakyat.

Tambahnya, sebagai kerajaan yang merasai denyut nadi rakyat bawahan, pelbagai rancangan dan program telah di laksanakan bagi meringankan beban.

“Terbaru keputusan kerajaan untuk memperluaskan lagi jaringan dan jumlah Kedai Rakyat 1Malaysia atau KR1M kepada 99 buah di seluruh negara. Pelaksanaan KR1M di bawah program tranformasi kerajaan telah berjaya memperkenalkan skim jualan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah.

Golongan inilah yang selalunya terkesan daripada sebarang kenaikan barangan atau bahanapi kerana mereka merupakan kelas pengguna atau pembeli yang terbesar dalam ekonomi Negara,” ujarnya lagi yang juga ADUN Rungkup.

Pembangkang sentiasa ingin meracuni pemikiran rakyat dengan mengatakan pemberian BR1M adalah satu pembaziran dan bermotifkan politik. Pembangkang seperti pandai berkokok ke sana sini dengan menggunakan modal air liur sahaja tetapi gagal membuktikan kemampuan mereka untuk mewujudkan program atau rancangan yang membangunkan ekonomi rakyat dan juga negara.

Katanya lagi, sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, BN sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa dengan melakukan perubahan dan transformasi selaras peredaran zaman.

“Inilah masalah pembangkang yang hanya tahu memanipulasi dan melakukan propaganda atas apa yang dilaksanakan oleh BN sedangkan komitmen dan kesungguhan BN sebagai kerajaan yang menepati janji dan melaksanakan amanah tidak pernah membezakan idealogi dan perbezaan politik dalam masyarakat.

Apa yang sebenarnya pembangkang tidak puas hati adalah kerana adanya sifat iri hati, angkuh dan cemburu dengan pencapaian kerajaan BN apatah lagi mereka sendiri sebagai kerajaan di empat buah negeri gagal melaksanakan pentadbiran apatah lagi menyaingi kejayaan BN,” ujarnya lagi.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment