Bajet2014 Lambang Keprihatinan Kerajaan Pada Keperluan Rakyat


Bajet 2014 yang telah dibentangkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia yang dibuat baru-baru ini berdasarkan pendapatan kerajaan yang sentiasa memikirkan keperluan rakyat.

Ketua Pemuda UMNO bahagian Pandan, Mohammad Faizal Sufar menyifatkan Bajet 2013 sebagai Bajet Kasih Sayang dengan tema "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi & Melaksana Janji",  dengan tafsiran pendapatan negara dialihkan serta dikongsi bersama-sama rakyat keseluruhannya dalam bentuk pelbagai imbuhan dan bantuan.

"Bajet yang dibentangkan banyak memberi manfaat kepada rakyat. Setiap lapisan masyarakat mendapat perhatian dalam pembentangan bajet tersebut. Ini menunjukkan bahawa kerajaan sangat prihatin dengan keperluan rakyat.

Jika dibandingkan dengan Bajet Pakatan Rakyat, Bajet 2014 yang dibentangkan  adalah merangkumi semua aspek. Setiap apa yang dibentangkan, adalah mengikut keperluan rakyat dan bukannya gula-gula pilihanraya seperti yang diperkatakan oleh pihak pembangkang," ujarnya yang juga calon BN bagi kerusi DUN Chempaka pada Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.

Tambahnya, Bajet 2014 juga membuktikan kerajaan memberi tumpuan kepada perkara-perkara penting yang boleh menjana ekonomi negara.

Biarpun subsidi gula ditarik tetapi ia bukan bermakna kerajaan menekan rakyat sebaliknya perkara tersebut sudah difikirkan kebaikan terhadap rakyat.

"Penarikan subsidi gula tidak akan membebankan rakyat tetapi perlu dilihat dalam skop yang lebih besar," katanya.

Menerusi Bajet 2014 ini kita lihat Perdana Menteri guna strategi untuk menyediakan rumah yang secukupnya untuk memenuhi keperluan rakyat.

"Bukan hanya Syarikat Perumahan Negara Berhad digerak dan dipertanggungjawabkan untuk menyediakan rumah mampu milik tetapi juga pihak swasta yang lain.

Ia sama sekali berbeza dengan kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan, sepanjang lima tahun pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim dan pakatan pembangkang di Selangor, antara perkara yang patut mereka banggakan adalah kepesatan pertambahan pusat rumah urut dan juga pusat judi yang berselindung di sebalik kafe siber.


Mana ada projek perumahan kos rendah atau mampu milik yang menjadi keutamaan kerajaan negeri, sebaliknya projek rumah-rumah mega yang nampak naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di negeri Selangor sekarang ini," ujarnya lagi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment