Demi Untuk Berkuasa, PAS Sanggup Berlembut Dan Mengalah Dengan DAP


Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris melihat kemelut yang melanda kepimpinan parti PAS dan DAP sejak akhir-akhir ini sebagai bukti bahawa prinsip perjuangan kedua-dua parti ini jelas berbeza.

Perjuangan Parti PAS hendak menegakkan negara Islam sejak dari dulu lagi, tapi sejak akhir-akhir ini sejak mereka 'rapat' dengan DAP, sedangkan parti DAP yang terang-terang menolak negara Islam.

"Jadi, saya lihat tidak ada garis pertemuan antara mereka, cuma semata-mata untuk menghadapi pilihan raya, mereka sedikit mengendurkan dasar parti mereka dan sebagainya.

Tidak hairan, pengerusi DAP, Karpal Singh terus memperkata dengan lantangnya untuk mengharamkan parti yang berlabelkan agama dan perkauman.

Jadi, tidak mengiktiraf Islam secara terang-terangan apa yang menjadi teras perjuangan PAS tetapi PAS ini yang berkehendakkan kuasa, jadi mereka sanggup melonggarkan hasrat dan kesungguhan mereka untuk mempertahankan Islam sebagai kekuatan utama parti mereka," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Tambahnya, PAS kini sebagai parti Islam sanggup, hatta ketika pemimpim DAP seperti Karpal Singh serang sekalipun, mereka (PAS) masih berlembut, cuma nampak sedikit kekecohan di Pulau Pinang, di Selangor.

"Tetapi saya bimbang ini hanya satu sandiwara, kerana mereka (PAS) hendakkan kuasa memerintah, dia sanggup buat desakan untuk Karpal Singh meminta maaf, namun sehingga ke hari ini, Karpal tidak nampak pun berhasrat untuk meminta maaf. Di mana kesungguhan pemimpin PAS dalam menegakkan, memperkatakan bahawa negara ini diperintah mengikut undang-undang Islam? Bagi saya itu hanya gimik sahajalah.

Saya juga bimbang apa yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin PAS ini dalam desakan untuk Karpal meminta maaf ini sekadar gimik pemimpin PAS untuk berhadapan dengan pemilihan parti. Sesiapa yang seolah-olah hendak 'bantai' Karpal Singh ini, merekalah yang menjadi juara dalam PAS, tapi di belakang, mereka minum teh atau kopi secawan dengan Karpal Singh," ujarnya lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan agar ahli-ahli PAS menilai pemimpin mereka ini benar-benar hendak memperkatakan perjuangan Islam, benar-benar marah dengan DAP ini yang anti-Islam atau sekadar hanya untuk menarik perhatian ahli-ahli parti untuk memilih mereka dalam pemilihan kepimpinan PAS.


"Jika kumpulan ini terus dipilih perwakilan PAS, saya rasa benda yang sama akan berlaku. jadi PAS tidak akan diberi penghormatan selayaknya dalam kepimpinan DAP," tambahnya. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment