D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, diputerakan
pada 22hb. November 1958 di Hospital Besar Johor Bahru (Sekarang Hospital Besar
Sultanah Aminah)
Putera pertama dari sepuluh (10) orang adik beradik, Baginda mula
menerima pelajaran di Taman Didikan Kanak-Kanak Tunku Ampuan Mariam Johor Bahru
kemudian memulakan pelajaran formal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1),
Johor Bahru.
Paduka ayahandanya D.Y.M.M Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum
Sultan Ismail telah menghantar D.Y.M.M Tuanku belajar di Trinity Grammer School
Australia pada tahun 1968 hingga 1970.
Setelah tamat persekolahan, D.Y.M.M Tuanku telah dihantar ke Pusat
Latihan Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi, selama 3 tahun untuk menerima
latihan asas ketenteraan.
Dalam bidang kesukanan pula, permainan polo merupakan permainan
yang sangat-sangat digemari dan juga merupakan seorang pemain polo yang sangat
handal dan terkemuka bukan sahaja di negeri ini bahkan dirantau Asia.D.Y.M.M
Tuanku pernah menyertai permainan polo di Singapura, Manila dan Brunei.
Selain bermain polo, D.Y.M.M Tuanku juga gemar bermain tenis,
boating (Water ski), payung terjun, menembak dan memandu kereta laju (sport
car).
D.Y.M.M Tuanku sangat mengambil berat tentang kegiatan-kegiatan
sosial di dalam negeri dan amat mesra dengan rakyat. D.Y.M.M Tuanku ialah
Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Johor.
D.Y.M.M Tuanku telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di dalam
satu upacara yang sederhana tetapi penuh istihadat di Istana Besar Johor Bahru
pada 3hb. Julai 1981. Pelantikan ini telah dilakukan oleh ayahandanya iaitu
Almarhum D.Y.M.M Sultan Iskandar dengan disaksikan oleh Yang Maha Mulia
Sultanah Zanariah, Kerabat-Kerabat Damping, Ahli Jumaah Majlis DiRaja,
Pembesar-Pembesar Negeri dan Orang-Orang Kenamaan.
D.Y.M.M. telah dilantik Pemangku Raja pada Hari Jumaat 22 Januari
2010 bersamaan 6 Safar 1431 Hijrah kerana ayahandanya gering. Dimasyurkan
sebagai Sultan Johor pada hari Sabtu 23 Januari 2010 bersamaan 7 Safar 1431
Hijrah setelah ayahandanya mangkat.
DAULAT TUANKU!!
0 Komen