Hilang Kepercayaan Punca Pemimpin PKR Sabah Keluar Parti


Hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR di peringkat pusat dan negeri punca dua ADUN PKR iaitu ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dan ADUN Kadamaian daripada PKR, Jeremy Malajad serta sebelas Ketua Cabang PKR di Sabah keluar parti dan memberikan sokongan kepada kepimpinan BN  di peringkat nasional dan di peringkat negeri.

Wakil kumpulan ini, Datuk Jelani Hamdan menyifatkan nama sahaja parti keadilan tetapi tindakan dan keputusan yang dibuat oleh pucuk kepimpinan PKR tidak sama sekali melambangkan prinsip tersebut.

“Jika sebelum ini mereka (pucuk kepimpinan PKR) mengatakan akan memberikan kuasa autonomi iaitu memberikan kuasa kepada pemimpin Sabah untuk memilih pemimpin dan sebagainya tetapi bila hendak memilih pemimpin, perkara ini tidak dipraktiskan.

Perlantikan Ketua Pembangkang, perlantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri dan sebagai, boleh dikatakan semua keputusan diambil oleh keputusan peribadi.

Sebagai contoh, pemilihan calon pada PRU13 yang lalu, ramai ketua cabang yang tidak puas hati kerana pemilihan tersebut bukannya datang dari kehendak pemimpin Sabah sendiri,” ujarnya yang juga ADUN Matunggong.

Tambahnya, soal pemimpin PKR negeri tidak mendengar arahan pemimpin PKR pusat tidak timbul kerana mereka kata akan memberikan kebebasan kepada pemimpin peringkat negeri untuk memilih dan membuat keputusan, tetapi sebaliknya.

Sebelah Ketua Cabang yang mengumumkan keluar parti ialah ialah dari Kudat, Kota Marudu, Sepanggar,  Kota Belud, Batu Sapi, Pensiangan, Beluran, Kinabantangan ,Silam, Kalabakan dan Semporna.

Dalam masa yang sama, kumpulan ini juga menafikan mereka dibeli oleh UMNO dan BN sebaliknya tidak ada keperluan untuk BN Sabah membeli ADUN dan pemimpin-pemimpin PKR Sabah memandangkan BN menang majoriti 2/3 dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.

“Tidak ada keperluan untuk membeli ADUN PKR di Sabah, tidak mustahil tuduhan demi tuduhan akan dibuat oleh PKR terhadap kami namun realitinya, mereka yang dulu hendak membeli pemimpin-pemimpin BN dan UMNO di Sabah, tetapi tidak dapat,” tambahnya.  


Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment