JKKKP - Kerajaan Selangor Bimbang Peranan JKKKP Akan Ubah Persepsi Rakyat Selangor - Noh


Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Haji Omar menyokong penuh penubuhan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah kerana tujuan kita menubuhkan JKKKP ini ialah untuk memastikan bahawa bukan sahaja peruntukan yang banyak disediakan oleh pihak kerajaan pusat sampai kepada rakyat tetapi yang lebih penting lagi ialah supaya rakyat tahu sesuatu projek itu peruntukan dari mana.

"Jadi, saya nampak ramai wakil-wakil rakyat pembangkang dari Selangor nampaknya sendiri tidak tahu, mereka tidak sedar dengan apa yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor, mereka mempertikai mengapa kita (BN) melantik  penyelaras sedangkan mereka juga melantik penyelaras di mana-mana kawasan DUN yang BN menang, mereka melantik penyelaras mereka sendiri.

Mereka gunakan duit dari mana? Duit yang mereka bayar kepada penyelaras itu bukannya datang duit dari parti mereka, sebaliknya duit kerajaan. Jadi, duit kerajaan negeri juga merupakan duit rakyat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang.

Tambahnya, apa sahaja yang dibuat oleh pihak kerajaan pusat, diputar belit oleh pihak pembangkang sedangkan mereka lupa bahawa mereka sendiri telah mempunyai kerajaan khususnya di negeri Selangor dan sudah tentu kita akan melihat apakah tindakan-tindakan yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan kepada rakyat di negeri Selangor.

"Ketika pihak wakil rakyat pembangkang bangun berhujah di dalam Dewan Rakyat, akhirnya mereka mengakui itulah kuasa kerajaan negeri, jika mereka mengakui dan memberi pengiktirafan kepada kuasa kerajaan negeri, jadi mengapa mereka mahu mempertikaikan kuasa kerajaan persekutuan?

Ini kerana hari ini rakyat kena menerima hakikat bahawa apabila sebut sahaja kerajaan, ada dua kerajaan di beberapa buah negeri seperti di Selangor, ada kerajaan negeri di bawah pakatan DAP-PKR-PAS dan satu lagi kerajaan BN di bawah kerajaan Persekutuan.

Di waktu Pilihanraya dulu, kita ada manifesto, kita ada janji kepada rakyat, jadi mana-mana kerajaan yang sudah menang pastilah akan menunaikan janji-janji mereka. Jadi seperti di negeri Selangor, peruntukan yang dibawa ke negeri Selangor begitu banyak, RM2.8Bilion untuk pembangunan," ujarnya ketika ditemui di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Ujarnya lagi, contohnya projek Tebatan Banjir, kerajaan pusat sediakan RM25 juta, tetapi keraaan negeri hanya beri RM12juta.

"Tetapi yang buat kenyataan adalah Menteri Besar (Khalid Ibrahim), seolah-olah rakyat nampak kerajaan negerilah yang seolah-olah mengambil tindakan untuk mengatasai masalah banjir padahal untuk mengatasi masalah banjir ini, kerajaan persekutuan juga terlibat dan peruntukan dari kerajaan persekutuan jauh lebih banyak daripada kerajaan negeri.

"Inilah yang saya katakan Kerajaan Pembangkang ini mengamalkan peribahasa 'lembu punya susu, sapi dapat nama', 'dia telur sebiji, tapi riuh sekampung'. Jadi, rakyat kena tahu dan siapa yang nak beritahu rakyat di akar umbi.


Inilah tugas dan peranan JKKKP. Tidak ada masalah pun, tetapi masalahnya ialah kerajaan pembangkang, mereka bimbang bahawa peranan JKKP ini berkesan dan boleh merubah persepsi kepada kerajaan pembangkang di negeri Selangor," ujarnya lagi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment