Pembangkang Tidak Ada Integriti- Sengaja Wujudkan Suasana Tidak Aman


Kita memang dah lama tahu, isu pengundi hantu warga bangladesh yang diuar-uarkan oleh pihak pembangkang sejak PRU13 lalu memang tak betul, tapi memang dah kerja mereka untuk spin demi kesinambungan politik mereka.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berkata, kita tidak terkejut dan akhirnya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim buat pengakuan kononnya dia tidak pernah sebut pun wujud 40,000 pengundi warga Bangladesh yang dipergunakan BN untuk mengundi pada PRU13 yang lalu.

"Ini masalah integriti. Saya pernah cakap dulu, mereka 'hentam, kemudian dia hukum'. Dia tuduh kita (BN) bawa pengundi `hantu', kalau kita bawa pengundi hantu, kita dah menang besar, tapi dia (pembangkang) yang menang banyak.

Isu 40,000 warga bangladesh ini tak betul, ianya satu tuduhan dan fitnah jahat yang dibuat oleh mereka semata-mata untuk memburuk kerajaan dan parti BN," ujarnya ketika ditemui di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Sehubungan dengan itu, Ehsan mengajak rakyat untuk menilai semula peranan pembangkang di Malaysia yang jelas tidak ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat, sebaliknya semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

"Banyak sangat pembohongan demi pembohongan yang mereka buat, jangan lupa juga pada sandiwara '16 September', ini juga pembohongan yang besar dan nyata pembohongan dan andiwara ini semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Terbaru, isu hudud, yang diutarakan oleh pihak PAS, mereka minta untuk dilaksanakan hukum hudud, tapi lepas tiga hari dia buat 'u-turn'.

Kita akui kerajaan BN tidak sempurna, tapi apa yang kita cakap, kita buat. Apa yang kita buat, kita nilai semula. Kalau kita salah, kita terima tapi sepanjang 56 tahun, kita lebih berintegiti, sudah sekian lama kita membuktikan pentabiran kita aman dan damai, rakyat dapat lihat tetapi tidak dengan pakatan pembangkang, hanya pandai mewujudkan suasana tidak aman semata-mata untuk kuasa politik mereka," ujarnya lagi.


Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment