PKR Pandan Lumpuh, `Panglima Perang PKR' Masuk UMNO


Penghijrahan pengasas dan ‘orang kuat’ PKR Pandan, Abdul Aziz Jusoh, 48 yang juga merupakan orang kuat Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ke dalam UMNO malam tadi merupakan detik permulaan buat UMNO Pandan untuk kembali mengukuhkan kedudukan politik di Selangor, khususnya di Parlimen Pandan.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan kemasukan Aziz ke dalam UMNO dan pembubaran cabang PKR Pandan serta penutupan Bilik Gerakan Utama PKR di Jalan E Kampung Pandan sejak tahun 1999 ini, sebagai satu kekuatan kepada UMNO dan BN Pandan.

“Kita perlu sedar, mereka masuk UMNO dan membubarkan PKR Cabang Pandan ini bukan di dalam musim pilihanraya, sebaliknya berlaku selepas 6 bulan Pilihanraya Umum ke-13, Mei lalu.

Jelas menunjukkan dalam tempoh enam bulan ini sahaja, bukan sahaja pemimpin malah ahli-ahli mula menunjukkan rasa tidak puas hati dengan pimpinan parti PKR, contohnya di Sabah, dua orang ADUN PKR telah keluar dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN. Jadi, apakah hala tuju perjuangan PKR yang sebenarnya...?,” ujarnya selepas menerima borang keahlian Mohd Aziz Jusoh dan 80 orang bekas ahli PKR Pandan serta penutupan bilik gerakan PKR di Kampung Pandan.

Dalam masa yang sama, Aziz Jusoh menjelaskan bahawa tindakan dan sikap pemimpin PKR terutamanya Rafizi Ramli yang langsung tidak ‘tunjuk muka’ di Pandan sejak menang Pilihanraya Umum lalu punca beliau keluar dan meninggalkan perjuangan sia-sia 16 tahun beliau bersama PKR.

“Tindakan Rafizi yang turut menuduh saya menerima wang dan sogokan dari UMNO untuk keluar parti juga satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.


Kini, selepas menyerahkan borang UMNO tadi, saya rasa bersyukur dan gembira kerana bebas dari rasa bebanan yang dipikul selama ini. Saya berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk UMNO, khususnya dalam usaha merampas semula Selangor dari pakatan DAP-PKR-PAS Selangor,” ujarnya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

6 Komen

  1. Anonymous
    3:38 PM

    Hentikanlah jadi parti kutip sampah..buat busuk je simpan sampah ni lama2..bukan ikhlas nak berjuang dalam parti..tak payah la nak syok sendiri..jaga kebajikan penyokong tegar dulu....

  2. Anonymous
    3:58 PM

    lagi taktik kuno UMNO!!

  3. PKR ..PatiKuarRamainya?

  4. Anonymous
    12:56 PM

    takkan kerana seorang yang masuk UMNO boleh lumpuhkan PKR Pandan dan bubarkan Cabang... Dia bukan sesiapa malah nak dikatan 'Pemimpin kanan' pun tidak. Hanya sebagai petugas/sukarelawan yang membantu masa kempen PRU yang lalu. Bilik gerakan utama PKR Pandan di Taman Kencana bukan di laman rumah di Jalan E Kg Pandan.... Alahai...lawakkkkkkkkk KING!!!

  5. Anonymous
    1:05 PM

    Pemimpin yang 'tidak tunjuk muka' atau dia ni yang tinggal bawah tempurung???.... tak tahu aktiviti dan bercampur masyarakat... Puluhan ribu masyarakat di Pandan. best sangat ke muka dia ni untuk mendapat perhatian istimewa dari YB Rafizi Ramli???

  6. Anonymous
    2:26 PM

    Tak sangka Dato Noh Omar diperbodohkan sebegitu rupa... Cuma seorang yang masuk UMNO hingga boleh LUMPUH PKR PANDAN... Yang paling tak boleh bla.... petugas PRU ( malas la nak cakap drebar) dikatakan PANGLIMA... ha ha ha - Takkan hanya kerana satu skru tercabut... habis seluruh rumah bergegar...

Post a Comment